Pengisian Ramadhan #19 : Banyakkan Bersabar

Bulan Ramadhan adalah waktu yang terbaik untuk kita melatih kesabaran kerana di bulan ini kita diwajibkan berpuasa dan dari ibadah puasa adalah sebahagian dari pada kesabaran.
Sabar menahan makan dan minum, sabar untuk menahan nafsu syahwat (hubungan suami isteri di siang hari), sabar untuk menahan marah, sabar untuk menahan jiwa dan raga dari melakukan tindakan yang dapat mengurangkan pahala puasa, bersabar untuk bangun malam, untuk qiamulail, untuk bersahur dan ibadah yang lainnya.
pengisian-ramadhan-19-banyakkan-bersabar

Puasa Ramadhan merupakan media yang sangat berkesan untuk melatih kesabaran. Dimana  manusia beriman selama satu bulan penuh dilatih untuk sabar serta mampu menahan diri, tidak melakukan hal-hal yang menjejaskan pahala puasanya. 

pengisian-ramadhan-19-banyakkan-bersabar

Mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi adalah ciri² orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka yang bersabar adalah mereka yang bersyukur atas nikmat yang telah Allah SWT berikan.

Sepanjang bulan ramadhan ni latihlah diri untuk jadi lebih bersabar dan istiqamah hendaknya agar kita mampu melaksanakan perintah Allah SWT. Apa yang dilihat sepanjang bulan Ramadhan ni, ramai yang suka mengeluarkan rasa marah di media sosial tak kisahlah apa juga yang berlaku. Nampak sangat tiada kesabaran dalam diri sedangkan bulan puasa kita perlu banyakkan bersabar.

17 comments:

  1. Allahhuakbar.. Hmm.. tepuk dada, tanya iman dalam hati :'(

    ReplyDelete
  2. Nak bersabar tu kadang-kadang susah jugak. Nak-nak lagi bila ada perkara yang betul-betul mengusik jiwa kita ni. Haih. Susah sebenarnya nak sabar ni. Lagi teruk nak tahan sabar waktu perut lapar. Hehehe.

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
  3. perlu sbr dlm byk perkara =)

    fiza, yui pm kat fb ya tracking number.

    ReplyDelete
  4. ye sabar..memang teruji kadang2 dgn hal2 sekeliling..tapi selagi boleh sabar...sy sabar..

    ReplyDelete
  5. btl...bl bpuasa ni mrh cmna pon boleh rilek ja..cool...sabar...sabar...

    ReplyDelete
  6. bulan puasa mmg kena byk sabar.. :)

    fiza di tag : http://mammadanish.blogspot.com/2015/07/menang-ga-mega-raya-by-azhafizah.html

    ReplyDelete
  7. banyakkan bersabar di bulan yang mulia nih..

    ReplyDelete
  8. sgt betul.
    sabar tu separuh dari iman :)

    ReplyDelete
  9. Sabar itu tanda kita beriman kepada Allah ...

    ReplyDelete
  10. betul tu.. kdg akak selalu hilang sabar dgn anak² je

    ReplyDelete
  11. Perkara paling payah nak buat untuk mnjdi yg sgt sgt berrsabar dan pemaaf,
    mcm mne punn, hati ni kdg2 memberontakkk jugakk, lg2 melibatkan hal family............
    .
    nk tgk kite bsbar, bile ade org langgar pantang kita, HAH, time tu tgk....mne kesabaran kite, bile terrcabar..... hehehe~

    ReplyDelete
  12. Sabar itu memg syok dan indahhhhh kalau btol2 menahan diiri drpd melenting,

    bahay sgt kalau jenis x penyabarrrrr~ kannnn~

    ReplyDelete
  13. Well, kdg2 customer nona x sabar2, nona pn leh naik jd x saborrr, hehehe~ p mrh supplier lak.. adeh =.="

    tp try kawal lah selalunyee..sbb kite nk settlekan msalah, bukan tmbah2 msalah,kan, :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.