Pengisian Ramadhan #21 : I'tikaf

I’tikaf dilakukan pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan di mana ibadah i’tikaf bertujuan untuk memperolehi malam Lailatul Qadar yang mempunyai ganjaran pahala seumpama beramal selama 1000 bulan. Sudah pasti semua orang mengimpikannya.
I'tikaf
Sumber gambar dari google
I’tikaf bererti menghadapkan diri dengan beribadah kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk yang boleh dilakukan di masjidOrang² yang beri’tikaf  akan berada di masjid sepanjang masa ini dengan melaksanakan pelbagai bentuk amalan memperingati Allah SWT seperti melakukan solat sunat, berzikir, istighfar, berselawat, berdoa, membaca Al Quran dan memahami al-Quran dan sebagainya.

I’tikaf merupakan amalan terbaik di antara 7 Amalan terbaik di Bulan Puasa dan ianya amalan Rasulullah SAW dalam menghabiskan sepuluh hari terakhir ramadhan.

Hukum I’tikaf adalah sunat. Ia tidak wajib kecuali jika dinazarkan. Bermula dengan niat I'tikaf ketika memasuki masjid.

Rukun I’tikaf 
1. Niat 
2. Berada di dalam masjid. 

Syarat sah I’tikaf pula ialah muslim, berakal, mumayyiz (tujuh tahun ke atas), bersih dari haid, nifas dan junub. 

Bagi kaum perempuan kita boleh lakukan apa jenis ibadah yang sesuai di rumah dalam mencari malam lailatul Qadar. Tidak digalakkan dilakukan di masjid di khuatiri akan menimbulkan fitnah.

Diantara kepentingan melakukah I’tikaf ialah untuk :
  • Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Mencari malam yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang Muslim iaitu Lailatul Qadar.
  • Memberi tumpuan sepenuhnya dalam melakukan ibadah seperti solat sunat, berzikir, istighfar, berselawat, berdoa, membaca Al Quran dan memahami al-Quran tanpa gangguan dari kehidupan seharian yang melalaikan.
  • Dapat mengawal nafsu dari perkara-perkara yang akan mencacatkan puasa kerana I’tikaf itu dilakukan di dalam masjid yang suasananya terkawal.

8 comments:

  1. Terima kasih sbb sepanjang ramadhan..byk berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah.
    aida galakkan mr.asben ke surau.
    bagi dia peluang.

    ReplyDelete
  3. moga kita memperolehi pahala yang berlipat kali ganda di bulan mulia ni..

    ReplyDelete
  4. Makna nama Akif ni Fiza ..Hehehehe Akif maknanya Beri'tikaf...Terima kasih Fiza sudi berkongsi info menarik ini

    ReplyDelete
  5. btul, banyak pahala bila beriktikaf, segala amalan dilakukan, sebelum waktunya, huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.