Pengisian Ramadhan #23 : Zakat Fitrah
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).
- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
- Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
- Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Hukum Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah.
Zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah.
Hikmah Zakat Fitrah
Sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan yang kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin.
Siapakah Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan yang kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin.
Siapakah Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki pendapatan melebihi keperluan dirinya sendiri dan keluarganya untuk kehidupan seharian. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk orang-orang yang menjadi tanggungannya seperti isterinya dan anak-anaknya,
Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2015M / 1436H untuk setiap negeri di Malaysia. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.
Kadar Zakat Fitrah 2015 Bagi Negeri Seluruh Malaysia
Negeri
|
Kadar Zakat Fitrah
|
Kelantan |
RM7.00
|
Terengganu |
RM4.60, RM6.80 & RM7.40*
|
Pahang |
RM7.00
|
Perlis |
RM6.50
|
Kedah |
RM7.00
|
Pulau Pinang |
RM7.00
|
Perak |
RM7.00
|
Selangor |
RM7.00
|
Negeri Sembilan |
RM6.50
|
Melaka |
RM6.70
|
Johor |
RM5.00 & RM8.00*
|
Sarawak |
RM7.00
|
Sabah |
RM7.00
|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan |
RM7.00
|
Sama2 menunaikan zakat fitrah ..........
ReplyDeletesama2 tunaikan tanggungjawab kan
ReplyDeleteAlhamdulillah... selesai sudah tunaikan zakat tahun ini
ReplyDeleterukun Islam jgn dilupakan, Byk ganjarannya, takkan miskin bila membayar zakat fitrah :)
ReplyDeleteinshaALLAH