Pengisian Ramadhan #24 : Perbaiki Hubungan Sesama Manusia

Dalam usaha memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT di dalam bulan ramadhan, kita juga perlu beringat supaya berusaha juga memperbaiki hubungan kita sesama manusia. Perhubungan sesama umat, sesama saudara, sesama jiran tetangga, rakan dan keluarga.
Perbaiki Hubungan Sesama Manusia
Sumber gambar google
Mungkin selama ini pernah berselisih faham ke tidak bertegur sapa ke, ambillah masa bulan ramadhan ni memperbaiki silaturahim antara kita. Biasalahkan, manusia mana yang tidak pernah buat silap walau sebesar mana pun kesilapan yang pernah dilakukan, siapalah kita nak menghukum seseorang  dengan tidak mengambil kisah halnya.

Walau seego mana seseorang itu, inshaAllah di dalam bulan ramadhan jika kita berusaha memperbaikinya semuanya akan baik² sahaja. Bulan ramadhan bulan mulia, hati manusia mudah insaf. Jadinya muhasabah diri masing² perbaiki diri menginsafi perbuatan yang dahulu dan belajar menjadi manusia yang baik akan datang.
Notapink : Maafkan Fiza jika selama kita kenal di alam maya Fiza ada tersilap kata dalam menulis entry yang membuatkan korang terasa hati.

5 comments:

  1. betul, setuju, hati manusia, mcm mne pun, doakan smg mudah memaafkan dan dimaafkan ..~
    sabrakan hati, tnenagkan diri....
    hablum minallah, hablum minannas~ jgalah hubungan dgn ALLAH, jagalah hubungan dgn manusia jugak :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.