Pengisian Ramadhan #25 : Jaga Pancaindera
Berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tapi berpuasa juga menjaga seluruh pancaindera kita dari perkara² yang dilarang Allah SWT. Menjaga hati kita agar tidak sibuk dengan urusan duniawi sahaja. Kita perlu menjaga mata hati kita agar selalu mengingati Allah SWT dan tidak dilalaikan oleh perkara² yang menjauhkan kita dari-Nya supaya amalan kita dapat diterima di sisi Allah.
Sumber gambar dari google |
Dalam berpuasa kita perlu menjaga seluruh pancaindera:
- Menahan pandangan mata dan menjaga hati dari lalai mengingati Allah SWT.
- Menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia-sia, mengumpat, berbohong selain menahan dari makan dan minum.
- Mencegah pendengaran kita dari mendengar hal-hal yang dilarang Allah seperti fitnah.
- Mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari segala hal yang boleh membawa dosa. Demikian juga makanan dan minuman yang subhat ketika berbuka.
- Tidak berlebih-lebihan sewaktu berbuka puasa dan tidak mengikut nafsu yang mana boleh menyebabkan pembaziran.
- Menutup aurat supaya amalan berpuasa kita mendapat pahala dan berkat.
Ada banyak perkara lagi yang perlu kita jaga pancaindera kita supaya kita lebih menghayati bulan Ramadhan dengan sepenuh hati, dengan seluruh jiwa kita, hati dan pancaindera serta anggota tubuh lain dari hal-hal yang dapat merosakkan nilai-nilai ibadah kita.
Semoga ramadhan yang penuh berkat ini kita hayati dengan sentiasa mengingati Allah SWT supaya ramadhan diakhiri dengan membawa pengampunan dari Allah SWT. Aamiin...
yup, betul tu..
ReplyDeletenice sharing, fiza ^^
good sharing
DeleteBetul tu kak... Semoga sentiasa memperingatkan diri
ReplyDeletebetul betul betul. time kocik2, selalu fikir puasa hanya menahan lapar & dahaga. hee :)
ReplyDeleteDgn ramadan yg berrbaki ni, smg terus berjuang mndpt redhaNYA, semua kena jaga, kita takla suci time ramadan, tp tetap usahkan, cuba mnjge amalan baikkk :)
ReplyDeletesusah tp cuba :)
Sama2 kita jaga pancaindera kita
ReplyDeletesetuju tu,ukur baju di badan sendiri,tak perlu berbelanja berlebihan
ReplyDelete