Pengisian Ramadhan #29 : Elakkan Berhutang
Membuat persiapan raya adalah sebagai tanda meraikan kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan berpuasa di dalam bulan ramadhan. Walaubagaimanapun tuntutan agama itu perlu dilaksanakan dalam keadaan yang bersederhana dan tidak membebankan.
Apa yang kita nampak zaman sekarang asal nak raya je semua nak tukar baru sampai ada yang sanggup berhutang dek kerana mengikut hawa nafsu sangat tanpa sedar yang sepatutnya kita perlu elakkan berhutang bukan sahaja di dalam bulan ramadhan untuk persiapan raya malah untuk hari hari mendatang juga.
Perbuatan berhutang sekaligus tidak mencerminkan kejayaan latihan amalan kawalan nafsu di bulan ramadhan. Ini membuktikan bahawa puasa yang dilakukan sebulan masih belum berjaya menundukkan hawa nafsu itu. Hari raya adalah tanda kesyukuran, melahirkan perasaan gembira, membentuk semangat persaudaraan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Dan bukanlah hari untuk menunjuk² dan berlebihan.
Apepun adalah lebih baik jika dapat mengelakkan diri daripada berhutang. Amalan berhutang banyak mendatangkan keburukan jika tidak dikawal dan tidak berhati-hati.
Sabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (Riwayat Abu Daud)
masa minta hutang , mulut manis bak bertanam tebu di pinggir bibir...
ReplyDeleteinshaallah
ReplyDeleteberhutang memnag tak bagus
ReplyDeleteBetul tu.. tak payah berhutang semata2 nak nampak gah ketika raya.. beli sekadar yang mampu, jangan membazir.. itu yang penting.. terima kasih atas peringatan
ReplyDeleteBetul tu.. tak payah berhutang semata2 nak nampak gah ketika raya.. beli sekadar yang mampu, jangan membazir.. itu yang penting.. terima kasih atas peringatan
ReplyDeletebiarlah bersederhana dlm beraya.. tak perlulah sampai berhutang kan..
ReplyDeletehutang sy dgn MARA amat banyak skrg niyy, sobsssss ! huhuu~
ReplyDeletesebab tu, kene bersederhana je skrg............. doa dipermudah dan dimurahkan rezeki. amin !
Hutang WAJIB dibayar, mcm mne pun, hidup harus diteruskan, :)
ReplyDeletesetuju tu,tak perlulah bermegah dgn berhutang
ReplyDeletebiar sederhana asal tidak berhutang
ReplyDeleteDah berhutang kenalaaa bayar ..Takkan tahu berhutang jer bila nak bayar tak tahu
ReplyDelete