Resepi Kacang Panjang Goreng Campur Telur Mamak Style

Perghhh nama menu sikit punya panjang! Tapi resepi kacang panjang goreng campur telur mamak style ni ringkas, mudah, pendek je masa nak sediakan sebenarnya tak macam nama menunya. Pernah nampak kat kedai mamak kalau masak kacang panjang mesti ade scrambled eggs dan berwarna kuning.

Kemudiannya macam biasa buat eksperimen masakan sendiri. Masak sayur ni memang mudah tapi lagi mudah masak sayur kacang panjang ni tau. Bahan² pun sikit je nak sediakan. 5 minit lagi nak berbuka pun sempat masak. 

Resepi Kacang Panjang Goreng Campur Telur Mamak Style

Bahan²
Kacang panjang dipotong²
Telur sebiji
serbuk kunyit
garam
bawang besar
bawang putih
Minyak masak


Cara masak
1. Potong bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan.
2. Bila dah naik bau dan garing sikit masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit sikit, kemudian pecahkan telur. Biarkan seketika bila telur dah nak masak sikit baru kacau² jadilah scrambled eggs.
3. Last sekali baru masukkan kacang panjang. Kacau² sikit dan bila dah half cook terus angkat. Fiza lagi suka makan sayur rangup² tak suka overcook. Ok dah siap! 


Cepat dan mudah kan?

Tips : Biasanya kalau masak sayur, Fiza akan basuh dan rendam dalam air garam seketika untuk hilangkan bahan kimia yang membahayakan iaitu pestisida yang digunakan dalam pertanian untuk mencegah tumbuhan dari rosak. So kalau masak sayur atau buah tu jangan simply basuh macam tu je okay..


12 comments:

  1. Makan panas panas dengan nasi,,ikan kering sepat...sedapnya lahai...sambil komen sambil isi tabung ghaye nuff..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu masak sayur bila nak makan baru masak..memang sedap makan panas²

      Delete
  2. fav kite ni kak. kalau kite suke letak telur lebih lagi. hikhik

    ReplyDelete
  3. simplenya... boleh buat kat dalam bilik hostel... sedap tuuu...

    ReplyDelete
  4. Sedap.. Tapi tak.blh nak makan dah skrg ni.. Berangin satu badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elakkan makan kalau camtu kak..berangin ni payah asik keluar angin je nanti..hihi

      Delete
  5. wah simple tapi sedap ni...

    Jom join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.sedap itu penting..

      Okay.akan join jika berkesempatan

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.