Ayris Homestay Kulim, Kedah

Percutian 3Hari 2 malam, kamiorang stay di Aisy Homestay Kulim, Kedah sebab berdekatan dengan rumah kenduri kahwin yang kamiorang nak pergi. Plus, homestay yang sesuai untuk kami satu family. Lagipun nak stay 2 malam kan. Haruslah pilih homestay lebih bajet asalkan selesa.
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Ayris Homestay ialah :
  • 3 Bilik tidur
  • 2 Bilik air
  • 3 Penghawa dingin (air-cond)
  • TV Flat screen 32 inci
  • Astro full channel (24 jam)
  • Akses kepada wifi (24 jam)
  • Pancuran air panas (Water heater)
  • Tempat memasak nasi (rice cooker) dan pembakar roti
  • Peti sejuk dan penapis air
  • Anjung kereta (boleh muat 2 kereta)
  • Laman tepi yang luas untuk kanak-kanak bermain (rumah semi-D)
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay

Homestay yang boleh dikatakan strategik sebab banyak kemudahan kat sini. Tak perlu risau nak beli apepun atau makan. Antara kemudahan dan tempat-tempat menarik yang ada di sini ialah-
  • Pasaraya Giant Kulim (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Pusat Bowling (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Karaoke (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Panggung wayang (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Old Town Coffee (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Secret Recipe (4 minit dari Ayris Homestay)
  • Tune Hotel (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Kedai makanan segera KFC, McDonalds, Pizza Hut & Domino's Pizza (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Stesen minyak Petronas (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Tutti Frutti (3 minit dari Ayris Homestay)
  • Pasaraya Tesco Kulim (5 minit dari Ayris Homestay)
  • Ke bandar Kulim (5 minit dari Ayris Homestay)
  • Ke Pulau Pinang (40 minit dari Ayris Homestay)
Maklumat tu dari blog Ayris Homestay, so tak perlu Fiza create ayat lagi kan. hehe. Cuma nak review sikit je la. Ayris Homestay memang luas dan selesa. Sesuai untuk kalau family ramai dan ada 3 bilik lengkap dengan setiap bilik ada air cond. Cuma bila bersilih ganti check in check out, owner sepatutnya lebih mementingkan keselesaan dari kerbersihan. Sebelum tetamu baru masuk, make sure owner bersihkan dahulu supaya takdela hilang mood bercuti.

Then, channel TV tersangkut²  sebab guna internet data yang slow. Harap boleh upgrade kepada speed lebih laju. Takde rugi mana yang penting tetamu happy bila bercuti tu kan. Tapi Kalau jenis yang stay untuk tidur je takde masalah kot. 

So far tu je la komen yang tak best dari Fiza. Yang lain semua so far baguslah. Harga pun boleh nego dan murah kira okay lagi. Nak deal pun senang. So harap entry ni boleh membantu mereka yang nak bercuti dan stay di Ayris Homestay.


Notapink : First time sebenarnya stay homestay. 

14 comments:

  1. asalkan boleh berteduh, ado elektrik, air, tmpt simpan makan minum sikit, pun dh cukup elokkk, huhuuuu~

    ReplyDelete
  2. wlupun harga murah, keselesaan tetamu lebih penting kot..

    ReplyDelete
  3. apa2 pun keselesaan patut di utamakan.. tengok gambar homestay ni macam menarik je.. ;)

    ReplyDelete
  4. ooo homestay dekat dengan Giant ya.. ok laa kawasan tu.. banyak kemudahan ada..

    ReplyDelete
  5. kelemahan dibaiki..yang baik dikekalkan..insha Allah bertambah maju di masa hadapan..

    ReplyDelete
  6. nampak selesa,tp itula,kebersihan perlu diutamakan

    ReplyDelete
  7. nampak cantik & kemas...
    aida jarang dok homestay.
    prefer hotel sebab anak2 dara sibuk la nak swimming :)

    ReplyDelete
  8. Cantik homestay tu...nampak begitu selesa...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas review puan terhadap ayris homestay. Saya pemilik ayris homestay amat2 menghormati pandangan puan trhadap homestay saya. Cuma apa yg saya kesalkan puan tidak mmbuat sebarang aduan tidak puas hati puan direct kpd saya utk saya buat penambahbaikan. Seperti yg saya baca ini adalah first time puan bermlm d homestay. Puan patut mncuba homestay2 yg lain utk puan dpt rasai perbezaan ayris homestay dgn homestay2 yg lain. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan sudi baca review dari saya. walaupun saya pertama kali stay di homestay, pengalaman family yang pernah stay di homestay lain bagus juga. Apa yang kami rasa, itu yang kami review. kekurangan di sini cuma dari segi kebersihan dan speed astro je. Yang lain so far takde masalah seperti yang saya jelaskan. So, harapnya Puan fikir secara positif dan ambil langkah penambah baikkan. Jangan kesalkan jika saya tak buat aduan direct kepada puan sebaliknya kesalkan jika tiada perubahan, penginap akan datang juga akan review benda yang sama kan. maaf ye jika ini dipandang negatif.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.