DIY Banner Transform Ala² Photo Canvas

Projek malam tadi sebenarnya nak transform banner kepada ala² Photo Canvas. Di sebabkan Fiza ada satu banner 6x2 kaki melintang jenis PVC roll up tu, tak tahu nak buat apa. Kalau gantung sahaja nampak tak cantik pulak kan. Lagipun material tu jenis synthetic. Memang cantik kalau di buat ala² Photo Canvas tu. Kira Photo Synthetic la sebab material synthetic.

diy-banner-transform-ala-photo-canvas

Guna kayu beroti je. Harganya RM3 sebatang. Mula² buat ukuran frame dulu. Make sure ukuran frame kecik sikit dari banner, kurangkan dalam 1 inci macam tu untuk buat lipatan kat tepi frame. Make sure setiap hujung kayu potong senget untuk lebih dapat ketepatan bentuk frame tu. Lepas dah paku, stapler gunakan stapler besar tu untuk lebih kukuh.
diy-banner-transform-ala-photo-canvas
Tak dapat amek full frame sebab besar kan. Lagipun tengah bersepah..kita tunjuk sikit je la ye.
Dah siap frame balut je frame tu dengan banner. Pastikan kesemua tepi² frame di balut dengan kemas so takde la nampak kayu frame tu nanti kan. Gunakan stapler untuk nampak lagi kemas. Inilah hasilnya bila dah siap. Tapi ada cacat sikit sebab framenya terlalu panjang bila dah tarik bagi tegang banner tu kayu dia melengkung sikit kat tengah. Nanti nak potong kayu sikit letak rangka kat belakang bagi nampak lebih cantik. Tapi takde la obvious sangat melengkung tu..Ke mata Fiza je yang nampak kurang perfect?
diy-banner-transform-ala-photo-canvas
Belum centerkan kabinet TV dengan photo synthetic tu.
Sebelum ni letak 2 frame gambar kahwin tapi dah ada photo synthetic ni letak yang besar terus. Lagipun memang plan pilih gambar ni sebab gambar kahwin kecik sikit dan permandangan dia nampak cantik dan luas. Bagus ada permandangan hijau. Di samping tu selit gambar kahwin jugak kan. Kiranya 2 in 1 la ni. Okay siap projek deco² rumah.

Siapa nak tempah banner synthetic boleh roger² Fiza ye. Bila dah buat photo synthetic ni lebih murah dari photo convas. Kalau photo canvas besar macam ni boleh cecah ratusan. Tapi kalau buat banner synthetic, DIY frame kurang dari RM100. Jimat lah jugak tu kan.

Lepas ni deco ruang makan pulak..tapi bukan dalam masa terdekat ni..Tengok mood rajin nak design dulu..hehe..Dah ada bahan baru ada semangat nak buat.

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.