Rawatan Meruang

Rawatan Meruang ialah amalan yang dilakukan oleh wanita untuk membersihkan rahim. Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami supaya rahim lebih bersih dan sihat. Rawatan meruang ini merupakan rawatan tradisional yang sangat di titikberatkan oleh bidan² lama. Mungkin kalau ada yang berpengalaman dalam soal ini boleh tinggalkan komen dalam kotak komen di bawah ye.
Rahim yang sihat adalah kecantikan dalaman seorang wanita. Jika ianya tidak sihat sedikit sebanyak akan menjejaskan perhubungan suami isteri. Sebagai seorang perempuan dan wanita yang telah berkahwin sebaiknya perlu menjaga kesihatan bahagian intim jangan sampai berbau lain macam.
Bau yang kurang enak kemungkinan terjadi berpunca daripada darah² kotor yang tak habis keluar dan masih melekat di dinding rahim. Ditakuti terdapat sisa-sisa darah kotor masih lagi ada dan solat adalah HARAM. Meruang ini seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali setelah habis haid.

rawatan-meruang


Kelebihan meruang
  • Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
  • Mencegah dari keputihan
  • Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
  • Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.

Posisi Meruang
  • Duduk di mangkuk tandas (tandas duduk)
  • Mencangkung dengan satu lutut kebawah
  • Satu lutut lagi dalam keadaan berdiri.

Langkah² untuk Meruang 
  • Bersihkan tangan dengan sabun antibakteria
  • Masukkan jari sedalam mungkin (dalam 3 ruas jari) sambil merehatkan peha, ari-ari dan perut.
  • Bagi yang masih dara, cukup hanya memasukkan satu ruas jari sahaja. (Sila rujuk gambar).
  • Korek di celah-celah dinding faraj. Korang akan rasa mengerutu. Pusing dan korek sisa, darah haid, keputihan dan air mani.
Dalam proses ini, akan merasa kemantapan faraj jika rasa mengerutu dan keras seperti gigi maknanya faraj bersih tetapi jika tiada rasa menggerutu, keras dan berair maka faraj  tidak bersih.

Pada peringkat awal mungkin akan rasa ngeri sedikit jika tidak biasa melakukannya. Cuba tenangkan diri dan tarik nafas. Lakukan secara perlahan. Rasanya sedikit nyilu tetapi kebaikkan sepanjang hayat. Cubalah.


9 comments:

  1. PC ada juga terbaca topik ni..dan ada juga tanya pendapat kawan2..orang yang lebih berpengalaman..ada segelintir yang bersetuju dengan cara ini dan ada juga yang risau takut2 boleh menyebabkan jangkitan kuman..apa pun terpulang pada individu..

    ReplyDelete
  2. hahaha gerun pula nak masukkan jari.. lepas kahwin inshaAllah ena akan buat.. sekarang tak berani

    ReplyDelete
  3. ohhh mcm tu ghupanyaaaaaa~ memang nampak ngilu nk buat tp ni kebaikannya boleh tahan bagusss kn.., huhu...nnati gagahkan diiriii, try...

    ReplyDelete
  4. ilmu baru...
    ngilu membacanyer meskipun anak dah 3.

    ReplyDelete
  5. ada sesetengah org tak berani nak buat..tapi elok jugak buat sekali sekala

    ReplyDelete
  6. asalamulaikum.tumpang ty.lau pregnant boleh wat ke sis?tq.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.