Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, Alor Setar

Dah sampai ke seberang Penang, makan² kat Food Court Padang Kota Lama dan lepaking dengan Bumblee Bee dan Optimus Prime. Kemudian balik ke Ayris Homestay semula. Malam lepas maghrib kamiorang terus ke Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning, Alor Setar. Katanya ada nasi lemak sedap yang popular kat sana.

Dari Kulim ke Alor Setar ambil masa dalam 1 jam setengah. Lama jugak tu tapi demi nak merasa nasi lemak royale hijau kuning yang sedap gigihlah pergi sana. Nak cari restoran ni guna waze je. Mudah nak cari sebab restoran ni tepi jalan je dah nampak signboard ni.

restoran-nasi-lemak-royale-hijau-kuning

Macam biasa style restoran kena beratur. Tak dapatlah nak snap sebab ramai orang sikit masa tu. So focus pada order je la. Ada pelbagai menu lauk, ayam goreng, ayam sambal, sotong, udang, kambing dan macam² lagi. Sayur cuma ada sayur bendi rebus je sebagai ulam.

Kat restoran ni kalau tak biasa makan kat mamak mesti rasa kurang kebersihan sikit sebab Fiza kan tak makan kat kedai mamak. Tapi kalau dah biasa tak kisah kot. Bukanlah kotor ape cuma Fiza kan tak suka tengok kuah² meleleh kat pinggan mangkuk dan meja tu..rasa nak tolong lap pulak..hehe. Tu sebab dia buat kerja laju sebab ramai orang kan.

Nasi lemak dia unik sikit sebab warna kuning. Nama hijau kuning tu dari nasi warna kuning dan pinggan hijau, mungkinlah kan. Nak tahu sedap ke tidak, boleh tengok pinggan licin kamiorang ni. Sebelum makan tak snap pulak sebab masing² laju je makan..datang dari jauh kan..Sure lapar. So sesiapa singgah Alor Setar, Kedah boleh singgah sini. Sedap dan Murah. Untuk 6 orang makan baru RM44.++. Air pulak RM11 untuk 11 gelas. Jimat kan.


restoran-nasi-lemak-royale-hijau-kuning

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.