Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

Kita bakal menyambut tahun baru hijrah mengikut calendar islam. Antara amalan yang boleh kita lakukan adalah dengan membaca doa awal dan akhir tahun hijrah. Dimulai dengan bacaan akhir tahun terlebih dahulu bagi penutup tahun hijrah dan doa awal tahun bagi permulaan tahun baru hijrah.

Doa Akhir Tahun dibaca tiga kali ketika berakhir tahun baru Islam, dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib dihari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah tahun tersebut.

Semoga dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya. Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah SWT.

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca ketika menjelang masuknya 1 Muharam. Boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas waktu Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.

Semoga dengan doa ini kita sebagai mu’min memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini  kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun Hijrah
Sumber dari shafiqolbu
Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dalam kehidupan kita di dunia ini.Aaminn...


7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.