Jaga Aurat Orang Lain Juga
Selamat berhujung minggu. Entry ini copy & paste dari facebook tentang menjaga aurat orang lain selain menjaga aurat sendiri. Bukan jaga tepi kain orang tau. Sesambil berehat hujung minggu, boleh baca untuk manfaat bersama.
Sesetengah orang tak peduli akan orang lain. Mereka sangat menjaga aurat sendiri, tetapi tak kisah pasal aurat orang lain. Asal gambar mereka tutup aurat sempurna, mereka terus upload tanpa memikirkan aurat orang lain yang turut berada dalam gambar tersebut.
Mungkin kawan kita tu tak kisah pun kalau aurat mereka terdedah atau tak terjaga dengan sempurna. Tapi kita sebagai kawan (at least kalau kita rasa kita sayang kawan kita), lindungilah dia. Lindungilah kawan kita tersebut. Sebagaimana kita tak mahu aurat kita dilihat oleh orang lain, maka kita sepatutnya mempunyai perasaan yang sama, iaitu tidak mahu aurat kawan-kawan kita dilihat oleh orang lain.
Mungkin nampak macam terlalu leceh atau jumud atau close-minded... Tapi...
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
So the point is: Jaga aurat kawan-kawan kita, sebagaimana kita menjaga aurat kita sendiri. .
p/s: lepas ni check balik gambar-gambar yang pernah diupload di facebook samada gambar sendiri atau gambar orang lain yang kita upload.
ha ah... jika kita jaga aurat orang lain, in shaa Allah aurat kita juga akan terpelihara.
ReplyDeleteperlu berhati-hati dengan apa yang kita sebarkan.
ReplyDeletetq for sharing.
betul tu..nak kena tengok betul2 gambar yang nak di upload tu..bukan boleh upload sembarang je..
ReplyDeletebtl tu..hati2 masa ambil gambar..
ReplyDelete