Personal Shopper IKEA


Disebabkan suka dengan barangan IKEA ni so kira rajin jugaklah ke IKEA dalam sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Memandangkan IKEA ni cuma di Damansara je memang susah untuk mereka yang duduk jauh untuk membeli sebab takde shopping online pun kebanyakkannya beli melalui Personal Shopper IKEA.

http://www.azhafizah.com/

Rata rata Fiza survey mereka mengambil upah setiap barang dalam RM5 dan ke atas. Maksudnya setiap harga satu barang ditambah dengan RM5 tak kira barang tu berat, besar, kecil, ringan, murah atau mahal. Tetap tambah RM5 satu barang. Ada juga yang ambil sehingga RM10 dan ke atas. 

Mesti ada cari yang lebih murah dari itu kan. So kalau fiza tawarkan personal shopper IKEA untuk mereka yang berminat ada ramai yang nak tak? Upah setiap barang RM4. Kira duit upah beli, duit minyak pergi ikea, duit minyak pergi pos. Ini hanya survey sahaja ye. Survey dulu.

Syarat membeli cuma boleh beli barang yang kecil atau barang yang terpilih, bukan kaca dan tidak berat sebab untuk kurangkan risiko kerosakan semasa pengeposan dibuat. Tapi Fiza beli masa Fiza pergi IKEA je la. kira macam kalau permintaan banyak Fiza akan pergi sebulan sekali. Kalau lagi banyak sekali dalam 2minggu. Kalau kurang dari tu, 2bulan sekali. Tengok pada permintaan lah. kalau beli banyak Fiza akan bagi diskaun upah.

Ada yang berminat? Jika berminat, sila whatsapp Fiza dan berikan nama serta tempat tinggal. Semua number Fiza save dan Fiza akan inform awal jika Fiza akan ke IKEA. So boleh prepare listkan barang apa yang nak beli beserta payment.

Fiza tak buat group dalam whatsapp sebab rasanya tak perlu kot nanti banyak pulak group ada. So personal je dah cukup. kalau tidak mendapat sambutan, makanya tiada. Bagi yang berminat boleh bagi feedback ye. Terima kasih :)

9 comments:

  1. syoknya kalau boleh shopping brg ikea ni. tapi kite jauh

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhhhhh kemain smgt kak fiza shopping.........shopping bnyak2 guna duit nuff ke?almaklumlah jutawan nuff.hehhehehee

    ReplyDelete
  3. pernah dengar gak pasal personal shopper ikea ni..member duk melaka..hehe

    ReplyDelete
  4. akak bush mmg suka sngt shoping di ikea. brg smua cntik kan.

    ReplyDelete
  5. wah,.,bestnya..memandangkan akak ni dok jb boleh jugak cari personal shopper ikea macam fiza...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.