Renew Lesen Perniagaan

Settle renew lesen perniagaan hari ni yang akan tamat pada 7 November 2015. Renew awal sebab takut terlupa nanti kena denda pulak. Bulan pertama RM30 dan bulan seterusnya RM10. So berapa banyak denda/kompaun tu bergantung pada berapa lama tempoh tamat dari tarikh tamat tu.

Bagi nak mengelakkan kena bayar denda, lebih baik buat pembaharuan lesen perniaagan awal. Cara nak buat pembaharuan lesen perniagaan / business registration renewal mudah je samada di kaunter SSM atau BSN.

Boleh mewakilkan orang lain untuk buat pembaharuan lesen perniagaan dengan membawa salinan kad pengenalan. Isi borang dan bayar di kaunter. Ambil masa sekejap je untuk selesaikan pembaharuan lesen ni. Cuma ambil masa lama sebab tunggu giliran je la.

Bayaran bergantung pada jenis perniagaan yang didaftarkan sebelum ni. 

Bayaran Pembaharuan Lesen
Syarikat : RM60/setahun
Sendiri : RM30/setahun

http://www.azhafizah.com/

Semoga Azhafizah Network terus maju.

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.