Dried Lavender Tea Buat Rasa Tenang Dan Tidur Lena
Aroma bau Lavender biasa di kaitkan dengan aromateraphy yang membantu memudahkan seseorang tidur dengan mudah dan tidur lebih lena serta menenangkan. Sebab tu bunga lavender ni banyak di hasilkan untuk dijadikan minyak wangi pelbagai guna. Selain tu boleh menyembuhkan luka seperti yang saya pernah baca.
Kalau nak di ikutkan, khasiat lavender ni memang banyak dan pelbagai guna pokok bunga lavender ni sebenarnya. Boleh hasilkan pelbagai jenis produk berasaskan lavender. Dari dulu saya memang suka bauan lavender ni. Sejujurnya memang rasa tenang kalau bau lavender ni. Letak dalam bilik, memang mudah nak tidur.
Bau Dried Lavender Tea
Bau dried lavender tea dah tentu wangi macam bau lavender yang korang pernah bau. Tetap sama!
Rasa Dried Lavender Tea
Rasa Dried Lavender Tea
Ermm..bercakap pasal rasa dried lavender tea ni. Pertama kali rasa natural tea yang betul betul rasa herba. Rasanya bercampur sekali kelat pahit macam tu. Ye lah, dah minum tanpa perasa tambahan memang le. Tapi seeloknya memang tak perlu campur apa². Tapi kalau tak boleh nak minum, tambah lah stevia, madu atau gula batu sahaja dibenarkan. Jangan sekali kali tambah gula biasa tu. Kalau tak, hilang khasiatnya.
Bila dah suam suam tu saya minum sekali habis je lagipun biasa bancuh sikit je untuk peringkat awal² ni untuk biasakan dengan perut.
Kesan Pengambilan Dried Lavender Tea
Selepas minum dried lavender tea ni korang akan rasa mudah mengantok. Kalau sakit kepala pulak bila minum teh lavender memang rasa lega sikit. Yang penting rasa pening, stress boleh kurang. Sangat sangat membantu. Kalau susah tidur atau isomnia tu, cepat² lah minum lavender tea ni. Senang tidur dan lena. Esoknya kembali fresh!
Untuk sebekas penuh ni memang tahan lama dan berbaloi beli. Beli buat stok simpan dan guna masa perlu pun boleh.
Cara Penyediaan Dried Lavender Tea
Masukkan 1 sudu kecil dried lavender ke dalam 250ml air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum
Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua.
Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambah stevia, madu atau gula batu ke dalam minuman
Khasiat Lavender Dried Tea
Khasiat Lavender Dried Tea
Mengurangkan sakit kepala dan migraine
Menenangkan dan mengurangkan tekanan
Membantu tidur yang lebih lena
Bagus untuk masalah kulit
Mempercepatkan pemulihan luka & ulser .
Membantu melegakan insomnia, gementar dan kebimbangan.
Membantu merawat sakit perut, perut kembung dan kolik. Ia juga boleh digunakan untuk merawat jangkitan perut dan usus.
Membantu meringankan kemurungan, sakit kepala dan migrain.
Teh lavender, apabila disapu boleh membantu meringankan selsema, batuk, asma, bronkitis dan masalah yang serupa dalam sistem pernafasan.
Membantu mendorong berpeluh dan seterusnya mengurangkan suhu badan ketika demam.
Teh lavender juga berguna sebagai ubat kumur untuk memerangi halitosis.
teringin nak try..tapi xsure bahan ni ada effect pada mommy BF
ReplyDeletewow bestnya
ReplyDeletemacam nak cuba la
wahh mcm sdp je tgk tu fiza..
ReplyDeletewahhh..cam best
ReplyDelete