Minum Dried Roselle Tea Boleh Turun Berat Badan

Dalam banyak banyak natural tea, saya paling suka Dried Roselle Tea. Teruja sebabnya boleh turunkan berat badan katanya.  Lagipun sebenarnya memang suka dengan rasa roselle yang masam masam manis ni.

http://www.azhafizah.com/

Dulu masa mak saya tanam pokok roselle sekali musim berbuah lebat tu memang seronok petik. Banyak dapat buah dia, siap boleh buat jem dan buat jus roselle sendiri. Lagi sedap buat sendiri tanpa pengawet. Lebih fresh! Sebab tu dah biasa makan atau minum something yang berasaskan roselle ni.

Bau Dried Roselle Tea

Bau dried roselle tea ni macam bau asam buah kering, contohnya macam asam buah kering tu. Siapa suka makan asam buah yang kering tu tahulah bau dia macamana yang saya gambarkan ni. Seriously rasa macam nak kunyah dried roselle tea ni macam kunyah asam buah kering tu. Tapi tak sanggup lah nak kunyah gitu je.

Rasa Dried Roselle Tea dan Kesan pengambilan Dried Roselle Tea

Kenapa saya cakap tak sanggup nak kunyah gitu je? Sebabnya masam dia memang betul² masam. Kalau asam buah kering tu adalah jugak bahan lain kan tapi ni memang original buah roselle kering. Memang masam betul!

Tapi tapi tapi... Bila dah buat air tu boleh je telan sebab sekali terus masuk kan. Sekali lalu tekak je. Nak lagi sedap tambah gula stevia, madu atau gula batu. Katanya nak sedap lagi boleh dihidangkan sejuk lagi sedap

Yang ni saya dah cuba buat sendiri tambah madu dan air sejuk. Memang sedap oiii..Terasa masam masam manis dia tu. So juicy and fresh! Musim panas ni eloklah minum sebab boleh sejukkan badan.

Lagi satu suka buat minuman dried roselle tea sebab warnanya. Warnanya merah cantik tu buat korang bertambah rajin nak minum hari hari. Buat sejuk or panas dua dua pun boleh ikut keadaan cuaca gitu. Dried Roselle Tea jugak membantu dalam menurunkan berat badan sebab melancarkan sistem penghadaman, detox dan secara tak lansung meringankan badan.

http://www.azhafizah.com/

Cara Penyediaan Dried Roselle Tea

Masukkan 1-2 dried roselle ke dalam 250ml  air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum
Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua. Roselle rasanya masam. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambahkan stevia, madu atau gula batu

http://www.azhafizah.com/

Khasiat Dried Roselle Tea

Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat

4 comments:

  1. woaah yang rose tu menarik..

    btw.. CT dah post hadiah GA Sukaa Sukii
    1xstreet art note book.. semoga smpai dengan selamat..

    maaf lambat.. CT baru kehilangan ayah jadi menguruskan mcm2 urusan..
    terima kasih kerana memahami..

    ps : follow sini dah weee =D

    ReplyDelete
  2. Tq share.. dah order dah.. tapi lupa nak beri code sihatimerahjambu..
    Tapi xpe, beli tengah diskaun 50%.. berbaloi-baloi gak..
    Tq again..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.