NYX Soft Matte Lip Cream : Transylvania

Code21 Transylvania NYX Soft Matte Lip Cream (SLMC) ni antara terlajak laris. Jenuh Fiza dok tanya seller sana sini. Semuanya habis stock! Punyalah susah nak dapatkan NYX SLMC 21 Transylvania ni. Finally dapat jugak beli yang original dan harga berpatutan. Kalau dulu macam murah sikit, sekarang dah makin mahal pulak tengok harga. Permintaan tinggi maka harganya tinggi jugaklah.

Survey pun survey stok dan harga, jumpalah satu insta ni. Setelah survey feedback dan komen customer, so Fiza decide beli kat situ je lah. Alhamdulillah sehari selepas buat payment parcel selamat sampai. Fiza beli 3 sekali senang jimat pos. Yang dua lagi nanti baru buat entry lain. Kita cerita Transylvania dulu ye.

http://www.azhafizah.com/

Kenapa Fiza dok sibuk nak beli NYX Soft Matte Lip Cream code Transylvania ni sebabnya tergoda dengan blogger cantik pakai transylvania ni. Dia tu, kalau bab goda dengan barang make up memang number 1. Pasti tergoda! Kan Fiza dah makan godaan dia tu. Sebelum ni memang dah ada 2 NYX SLMC ni, San Paulo dan  Monte Carlo. Memang suka jenis matte ni. 
Applicator dalamnya berbentuk daun dengan 180' fleksibiliti. Mudah untuk digunakan dan disesuaikan dengan bentuk bibir yang kecil di hujungnya. Applicator yang lembut dan tidak comot bila di gunakan dan tak perlu ambil masa lama untuk apply di bibir. Sekali sapu je dia macam meresap di bibir.
Paling best sebab bau dia wangi, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Soft Matte Lip Cream tak kan buat bibir korang kering tapi akan memberikan kesan dry pada bibir. Kalau dah camtu of courselah long lasting. Cuma lepas makan yang heavy tu kena touch up sikit la bagi kemas kan sebab dah lap mulut kan. Nak solat pun mudah je nak hilangkan pun.
Warnanya nampak sedikit gelap ala ala macam purple gelap tapi bila dah sapu rata lebih kurang macam warna merah gelap. Memang cantik! Cumanya berani tak berani je pakai warna gelap macam ni. Sesekali nak cuba warna ni. Kalau pakai waktu siang memang menonjol habis bibir tu. 
http://www.azhafizah.com/

Untuk pembelian

Instagram : @nyxbeautycosmetic

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.