Petua Dapatkan Kulit Cerah Berseri
Sambil-sambil berehat hujung minggu ni, kalau rajin bolehlah cuba petua dapatkan kulit cerah berseri ni. Acah-acah memanjakan diri di spa kononnya lah. Kalau rasa bajet terkurang tu boleh cuba buat spa di rumah. Ataupun nak merawat kulit yang bermasalah tu, sila-silakan lah cuba petua dapatkan kulit cerah berseri dengan hanya menggunakan tepung beras, madu dan susu segar. Ye, 3 bahan itu sahaja dah mampu membuatkan kulit kau orang lebih cerah daripada biasa. Tak percaya? Sila cuba okay.
Sumber dari Lovera Malaysia |
Cara dapatkan kulit Cerah Berseri : Campurkan sesudu tepung beras bersama sedikit madu dan susu segar. Pastikan tidak terlalu pekat atau cair. Sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Lebih elok dilakukan sebelum tidur dan biar semalaman. Kemudian cuci dan bilas bersih.
Kaedahnya sama macam kau orang tepek bedak sejuk juga ni. Takpun ala ala masker gitu. Bukan sahaja kulit kau orang lebih cerah berseri malah lebih sihat disebabkan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang lebih terjamin selamat di gunakan tanpa bahan kimia. Yang penting, kau orang kena rajin buat dan pakai secara konsisten. Kalau tak konsisten pakai, macam mana nak menjadi dan nampak kesannya. Jangan bising pula ye.
Fungsi Tepung Beras Dalam Kecantikan
Menyerap minyak
Fungsinya sama seperti bedak serbuk biasa yang bila di pakai nampak segar dan juga menyerap minyak berlebih pada bahagian muka.
Jerawat Berkurang
Dengan memakai masker tepung beras dapat mengurangkan jerawat dan bekas jerawat serta menghilangkan noda hitam di muka.
Menegangkan Kulit
Masker tepung beras dapat membantu menegangkan kulit muka, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.
Kulit Lebih Halus dan Lembut
Dengan membuat scrub daripada tepung beras mampu menghapuskan sel-sel kulit mati pada kulit muka dan membuat kulit lebih halus, licin dan lembut.
Nampaknya bila dah terbongkar rahsia petua dapatkan kulit cerah berseri ni, mesti tepung beras terlajak laris selain digunakan untuk memasak. Jangan harga tepun beras naik sudah lah.
wahhh boleh cuba nii.
ReplyDeleteMacam masker la ni
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDeletethanks sharing!!
ReplyDeletetakde tepung beras :(
ReplyDeletebut but but... byk kan petua semulajadi.
ini la kot yg semua produk jadikan asas kan.
just diorang komersial kan, kan?