Teguran Pedas Dari Budak Kecil

Satu masa dulu kisah "Teguran Pedas Dari Budak Kecil" pernah menjadi viral di lama facebook. Mungkin ada yang pernah baca. Kalau belum, silakan baca dulu. 
http://www.azhafizah.com/
Sumber dari facebook

TEGURAN PEDAS DARI BUDAK KECIL

kejadian di surau shopping mall One Utama..
ada seorang wanita Muslim masuk untuk menunaikan solat maghrib.. dia berpakaian seksi, baju ketat lengen pendek dan tidak bertudung.. masuk ja dalam surau, dia meletakkan beg dan mengambil wudhu'..
ada seorang ibu yang juga masuk untuk menunaikan solat membawa anaknya, umur dalam lingkungan 5 - 6 tahun..
anak kecil itu memandang wanita seksi itu tanpa jemu, dari dia memakai telekung hingga dia selesai solat dan lipat kain telekung tersebut untuk di simpan dalam begnya.. sedang wanita seksi itu memakai make up di cermin surau, anak kecil yang memerhatikan wanita itu sejak tadi, berpaling dan bertanya kepada ibunya.
Anak : ibu, kenapa akak tu tak pakai tudung? bukan orang Islam kena pakai tudung untuk tutup aurat ka? (wanita seksi itu mendengar soalan anak itu tetapi tak menghiraukannya)
Ibu : *senyum* cuba tanya akak tu tengok
Anak : akakkkkkk, kenapa akak tak pakai tudung?
Wanita seksi : sebab itu pilihan akak.. walau akak tak pakai tudung, tapi akak sembahyang.. Tuhan Maha Mengetahui, Dia tahu akak orang baik.. (jawab sambil tahan marah)
Anak : oooo.. kenapa akak pakai telekung masa akak solat?
Wanita seksi : sebab wajib tutup aurat masa solat, klau tak, solat tak sah..
Anak : oooo.. kenapa akak solat?
Wanita seksi : hmph, sebab solat tu kan wajib.. kalau tak buat, dosa! masuk neraka nanti.. *sambil jawab sambil pakai eye liner*
Anak : *terdiam seketika* tapi kak, menutup aurat tu pun wajib.. kalau tak buat, berdosa, masuk neraka jugak.. kenapa akak kumpul pahala dengan solat tapi lepas tu tambah dosa dengan tak tutup aurat? *muka budak nih, penuh keinginan untuk tahu.. soalan yang ikhlas dari hati*
ketika itu, semua mata dalam surau tertumpu pada wanita seksi tersebut, menunggu jawapan daripada dia.. wanita itu pula kaku di depan cermin, terdiam membatu.. dia kemas2 barang make up dan bersedia untuk keluar dari surau.. anak itu pandang dengan penuh tanda tanya.. kenapa akak tak nak jawab soalan saya?
sebelum melangkah keluar, wanita seksi itu memandang ke arah anak kecil itu, sambil tersenyum.. dengan nada perlahan, "adik, terima kasih.." smile emoticon ^^
**** kadang-kadang teguran dari orang lain adalah teguran dari Allah.. jangan terlalu cepat untuk tak menghiraukannya.. kita tak tahu mati kita bila, takut nanti tak sempat nak bertaubat.. sekadar perkongsian bersama
terima kasih kepada penulis yang tak dikenali

Semoga kisah ini kita ambil jadikan pengajaran. Jadikan ianya sebagai titik permulaan yang positif.

2 comments:

  1. semoga wanita seksi itu insaf selepas ditegur oleh budak kecik itu..

    ReplyDelete
  2. aduhai...
    moga dia dpt hidayah... in shaa Allah.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.