6 Tanda Kucing Mencintai Manusia

Hai pencinta kucing! Kena tahu ni tanda tanda kucing mencintai manusia. Macamana seekor kucing menunjukkan tanda tanda tersebut. Jom kita baca satu persatu.

6 Tanda Kucing Mencintai Manusia

1. Grooming/ Menjilat Tubuh

Kucing menghabiskan banyak masa menjaga kebersihan dengan menjilat tubuh badannya. Namun tidak selalu hanya tubuh sendiri. Seringkali menjilat tubuh rakannya atau tubuh manusia/tuannya sendiri. Itulah tandanya dia mencintai anda.

2. Mata Berkedip Lambat

Pernah melihat kucing anda menatap dengan mata nanar kemudian berkedip perlahan? Itu adalah isyarat yang hendak disampaikan kalai dia menyayangi anda. Ramai yang tidak menyedarinya.

 3. Menyeruduk dan Menggosokkan kepala

Anda sering melihat kucing berusaha untuk menyeruduk dan menggosokkan kepalanya ke badan atau ke wajah anda? Ini adalah tanda cinta yang nyata. Wajah kucing memiliki feromon dan jika digosokkan ke badan anda menandakan kucing merasa nyaman berada di sekitar anda.

4. Suka Mengikuti Anda

Anda barangkali sering kesal dengan perilakunya mengikuti kemana pun anda bergerak. Bahkan ke bilik air pun dia ikut! Ketahuilah kucing sedang menunjukkan rasa sayangnya dengan cara yang barangkali yang agak merimaskan.

5. Membawakan Hadiah

Apakah kita sering gelabah melihat saat tiba tiba kucing membawa bangkai tikus,cicak dan ular? Tunggu, jangan terburu buru memarahinya. Kucing menganggap barang yang dia bawaitu sangat berharga. Dia membawakan anda hadiah yang istimewa.

6. Memasrahkan perutnya

Seekor kucing yang berguling dan menunjukkan perutnya menunjukkan mereka percaya kepada anda. Di alam liar kucing tidak pernah akan melakukan hal itu kerana akan mudah diserang. Jika kucing anda melakukan hal ini ertinya dia hendak menunjukkan kepada anda bahawa anda penting baginya.

Okay, ada tak antara di atas yang pernah kucing korang buat? Kalau tak semua, adalah salah satu yang kucing korang pernah buat tu kan.

5 comments:

  1. assalamualaikum azha...kucing mama selalu buat semuanya ada diatas tu...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Nur suka Meow.... sume haiwan...
    suka sangat2

    ReplyDelete
  3. yeay , semua kucing ada buat :) makin sayang dekat dia :)

    ReplyDelete
  4. Tq atas info ni.. Kucing2 kt umh mak tu semua buat semua perkara kt atas tu.

    ReplyDelete
  5. Tak tahu pula, rupanya ada mksud di setiap perlakuannya tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.