Bulan Penuh

Cantiknya tengok bulan penuh ( full moon) bercahaya malam ni. Semua pakat tengok kat langit. Dapat jugak snap walaupun hasilnya tak berapa nak cantik janji in real life dapat tengok betapa indahnya ciptaan Allah. SubhanAllah...

http://www.azhafizah.com/
Bulan purnama atau bulan penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulanberada di sebelah Bumi yang bertentangan dengan Matahari. Lebih tepat lagi, bulan penuh berlaku apabila longitud ketara geopusat (ekliptik) bagi Matahari dan Bulan berbeza sekitar 180 darjah; ketika itu Bulan berada bersetentangan dengan Matahari.[1] Gerhana bulan hanya boleh kelihatan semasa bulan purnama.Seperti dilihat dari Bumi, hemisfera Bulan yang mengadap bumi (bahagian Bulan yang hampir) hampir diterangi sepenuhnya oleh Matahari dan kelihatan bulat. Hanya semasa bulan penuh bahagian hemisfera Bulan yang bersetentangan, yang tidak kelihatan dari Bumi (bahagian jauh Bulan), gelap sepenuhnya.Julat masa antara fasa bulan yang serupa—bulan sinod—puratanya sekitar 29.53 hari. Dengan itu, dalam takwim qamari dalam mana setiap bulan bermula dengan anak bulan, bulan purnama jatuh pada sekitar hari ke-14 atau 15 bulan qamari. Oleh kerana bulan qamari memiliki hari penuh, bulan qamari boleh sepanjang 29 atau 30 hari.-wiki

    4 comments:

    1. Aah la, zaza bru je ckp tadi dgn suami masa keluar. cantik sangat! terang.

      ReplyDelete
    2. Subhanallah Allah Ya Nuur, cantik bulan penuh...

      ReplyDelete
    3. yup, tgk jgak tadi bulan penuh.. langit pun cerah ^^

      ReplyDelete

    Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
    Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
    Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
    Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

    Powered by Blogger.