Kisah Misteri Cik Siti

Malam tadi tengok Cerekarama TV3, kisah Cik Siti. Cik Siti lakonan Izara Aisyah. Dalam masa tengok cerita tu, rasa macam pernah tahu/terbaca kisah perempuan yang berkahwin dan mempunyai 99 orang suami dan kesemuanya mati di malam pertama. Rupanya kisah Cik Siti ni memang wujud dan menjadi misteri suatu ketika dahulu.


Fiza jumpa balik artikel kisah Misteri Cik Siti atau lebih dikenali dengan Cik Siti Jalang di fanpage Persatuan Bangsa Johor dimana kisah ini berlaku di Kota Tinggi, Johor. 

Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang. Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik. Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami. Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya.
Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali. Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya. Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak..
Nota : Makam Cik Siti terletak Dikampung Tembioh Kota Tinggi Johor..
sumber : orang kota-tinggi


Tak pasti sejauh mana kebenaran cerita ni sebab ada banyak versi katanya. 

10 comments:

  1. tengok juga drama ni.. memang cantik air terjun di kg tu

    ReplyDelete
  2. tengok jugak malam tadi.
    cerita tu pon pernah dengar dulu masa zaman sekolah.

    ReplyDelete
  3. Seram jugak bila tengok cerita Cik Siti sorang2 semalam.

    ReplyDelete
  4. Seram plak dgr citer pun. Xtgk lak semlm

    ReplyDelete
  5. wahh,johor ke, hahaha.... tq infooo..... nice story, tp kire, cik siti ni ade kisahnya trsndiri la ea, okayy,pahamm

    ReplyDelete
  6. tengok sekejap je cerita ni..semalam plak terbaca ini cerita benar..rugi plak rasanya tak tgk..hihi

    ReplyDelete
  7. Ada tgk crita ni.. Cuma kisah sbnr disebaliknya tu x pnh thu..

    ReplyDelete
  8. tak tgk pun cerita nih.....nak kena ke tonton nih

    ReplyDelete
  9. tgok jgk drama ni sbb adik sya minat fattah amin. hahaha

    ReplyDelete
  10. akak pun tengok cerita ni..tapi kebenaran cerita sebenar tu tak tau la pulak walau pun akak duduk kota tinggi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.