Mengharap Keampunan Dari Allah
Salam Jumaat. Manusia mana yang tak pernah melakukan kesalahan? Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Walau kecik atau besar kesilapannya, adakah pernah terfikir untuk bertaubat. Terfikir tu dah bagus, kalau laksanakan, lagi bagus! Sekurang kurangnya kita mencuba bertaubat sebelum terlambat.
Ingatlah....Bila ajal menjemput, tiada lagi masa untuk bertaubat. Ajal maut tidak menunggu kita untuk bertaubat terlebih dahulu. Bersamalah kita mengingatkan diri supaya tidak leka dengan dunia yang sementara. Bekalan akhirat lebih penting.

Sumber dari google |
Di hari jumaat yang mulia ni, renungkan kembali apa yang telah kita lakukan. Dan jadilah hari ni sebagai hari untuk kita bertaubat dan mengubah cara kehidupan kita kepada yang lebih baik.
Jika kita dah sedar dengan kesilapan yang kita lakukan. Bersegeralah bertaubat. Allah sentiasa menerima taubat kita. Perbaiki diri supaya tidak menyesal kemudian hari. InshaAllah hidup akan menjadi lebih tenang dan lebih diberkati Allah.

Sebaiknya, bertaubatlah dengan Taubat Nasuha kerana taubat nasuha adalah taubat yang dilakukan semurni-murninya, tulus dan ikhlas mengharap keampunan dari Allah.
Syarat² Taubat Nasuha
- Menyesali dosa yang telah diperbuat
- Menjauhi dosa
- Bertekad kuat untuk tidak melakukan dosa tersebut
- Apabila berkaitan dengan hak-hak manusia seperti utang, maka harus dibayar/ditunaikan hak tersebut.
Bersamalah kita menjaga dan menjadikan diri kita lebih baik dari yang sebelumnya. Sesungguhnya kita tidak akan menjadi manusia yang rugi.
Amin, moga pintu taubat selalu terbuka kepada kita semua yg ingin bertaubat..
ReplyDelete