Resepi Ayam Sambal Bali
Terliur pulak orang asyik dok viralkan resepi ayam sambal bali kat facebook tu. Makanya dengan kerajinan, Fiza pun mencuba jugaklah dengan sukatan dan cara sendiri sebabnya resepi asal untuk seekor ayam. So ubahlah sikit sukatan untuk masak ayam yang sedikit.
Ada juga penambahan bahan sebab nak ikut citarasa sendiri walaupun tak tahu rasa sebenar ayam sambal bali ni. Dah siap baru boleh compare lah kan. Cuma yang Fiza pasti sangat² cara masak ayam sambal bali ni cara masak dia berbeza sikit. Maksud Fiza dari menumis tu sebab di mulakan dengan serai dan daun kari.
Buat pertama kalinya masak lauk ada serai campur daun kari. Kalau dah kata resepi asalnya begitu, kita ikut je la kan.
Bahan bahan Ayam Sambal Bali
7 potong/ketul ayam
2-3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 tangkai cili api
5 batang serai
garam
gula
kicap
serbuk kunyit
Daun kari (6 tangkai)
Minyak masak
Cili kering (10 tangkai). Nak pedas boleh tambah lagi
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 tangkai cili api
5 batang serai
garam
gula
kicap
serbuk kunyit
Daun kari (6 tangkai)
Minyak masak
Cili kering (10 tangkai). Nak pedas boleh tambah lagi
Cara Masak Ayam Sambal Bali
1. Basuh potongan ayam dan toskan. Disarankan disertakan dengan selawat. Semoga makanan yang dimasak menjadi makanan yang baik. Kemudian gaulkan bersama 1 sudu camca garam dan 1 sudu camca serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam separa masak. Tak perlu garing nanti tak juicy.
3. Tutup api dapur. Angkat dan toskan ayam. Biarkan dahulu.
4. Potong cili kering untuk buangkan biji cili, kemudian masak/rebus dengan air panas. Angkat dan toskan, basuh dengan air sejuk kemudian blend bersama bawang merah, bawang putih, cili api dan halia. Dalam resepi asal tak letak cili api, tapi sebab nak pedas sikit so Fiza letak cili api. Lagi satu Fiza tak letak belacan macam dalam resepi asal sebab husband tak makan belacan.
5. Serai di ketuk².
6. Kurangkan minyak gorengan ayam tadi untuk menumis bahan². Panaskan minyak, dimulakan dengan masukkan serai terlebih tdahulu.
7. Setelah agak keperangan, masukkan daun kari yang telah dibasuh.
8. Bila daun kari dah agak kegaringan masukkan bahan yang di blend tadi.
9. Bila dah garing dan naik bau bahan tumisan tadi, masukkan garam, 2sudu gula dan 1 sudu kicap.
10. Masukkan ayam separa goreng tadi, tambah air sikit (agak²kalau nak kuah sambal lebih, letak lebih sikit air) dan biarkan ayam masak dalam 10 minit macam tu..
11. Bila dah agak kering, tutup air dan boleh dihidangkan.Siap!
Alhamdulillah rasanya sangat sedap! Kaedah masak macam ni lagi sedap dari masak macam biasa masak tu. Kiranya ni ayam masak merah versi bali. Cukup rasa dan Fiza sukakannya! Husband pun suka! makan sampai menjilat jari. kalau korang taknak terliur tu, rajinkan mencuba ye. Tak cuba, tak tahu.
Katanya jangan makan terus selepas masak. Makan selepas setengah jam masak atau makan esoknya lagi sedap. Maybe sebab nak betul² bahan² tu sebati dalam ayam kot. Wallahu a'lam. Tapi Fiza terus makan je. Sedap!!! Terasa di Bali pulak..Amboiii kemain feel pulak kan.
Katanya jangan makan terus selepas masak. Makan selepas setengah jam masak atau makan esoknya lagi sedap. Maybe sebab nak betul² bahan² tu sebati dalam ayam kot. Wallahu a'lam. Tapi Fiza terus makan je. Sedap!!! Terasa di Bali pulak..Amboiii kemain feel pulak kan.
Terima kasih untuk tuan punya resepi asal di facebook. Mahap ye, durhaka dengan resepi asal sikit.
woahh! nampak pedasss! rasa nak cuba masak sama
ReplyDeleteKeluarga m.i.l selalu buat sambal ni bila raya. Sedap.. Tp sendiri x pnh lg cuba..
ReplyDeletekalau letak madu sikit lagi sedap fiza
ReplyDeletelama shida xbuat fiza.. Inshaa Allah nnt nk repeat :)
ReplyDelete