Resepi Bihun Bakso Mudah


Tetiba rasa nak makan bihun bakso pulak. Jumpa pulak resepi bihun bakso yang mudah dan Fiza mudahkan lagi dengan menggunakan bahan² yang ada kat rumah. Memandangkan dah ada meatball ready made, so Fiza cuma perlu buat kuah sup je la. Jimat masa nak buat meatball tu.

http://www.azhafizah.com/

Disebabkan malas nak defrost ayam akan amek masa. So Fiza guna kiub ayam sebagai pengganti dan penyedap rasa. Fiza buat hidangan untuk 1 mangkuk sahaja dan buat cara Fiza yang paling mudah.

Bahan Bahan Sup

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia dihiris
sedikit black pepper
1 batang serai diketuk
1 kiub ayam
garam
Minyak masak
Sawi
Kobis
Air
Bihun (rebus/rendam dengan air panas sehingga lembut dan toskan)

Cara Penyediaan Bihun Bakso

1. Tumbuk/blend bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi. Tumiskan bersama serai, halia dan black pepper (ditumbuk halus atau boleh digantikan dengan lada sulah)
3. Setelah naik bau dan sedikit garing, masukkan air.Kemudian kiub ayam dan garam.
4. Masukkan meatball.
5. Setelah hampir masak baru masukkan sawi. So takdelah sayur layu sangat bila masak nanti kan. Ok dah siap bahagian sup dan boleh dihidangkan.

Nak lagi sedap boleh tambahkan bawang goreng, daun sup. Fiza tambah hirisan kobis je dan jangan lupa sambal kicap!

Olahan dari resepi : ResepiOrangKampung

6 comments:

  1. bila bahan ada kat rumah memang mudah nak buat Fiza..
    kalau bahan tak ada tu rasa nak jerit je.. lagi2 tengah lapar hihihi

    ReplyDelete
  2. saya suka bakso.. sedappp.. tengok bakso fizah pastu ada cili kicap tepi tu...wah nk buat nanti. tq share resepi.. :)

    ReplyDelete
  3. Nak cuba nanti. Dah lama teringin nak makan Bakso. Huhu

    ReplyDelete
  4. alahai pija sedap la plak. jemput kitorang dtg makan umah pija je la :P

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.