Cara Buat Instant Shawl Dua Muka

Dah famous sekarang fashion instant shawl dua muka. Kalau nak jimat, DIY je dan cara buat instant shawl dua muka pun mudah je sebenarnya. Kalau korang jenis suka yang instant dan lebih cepat nak bersiap,silalah cuba. Ikut je langkah langkah yang diberikan ni, inshaAllah menjadi.

1. Bentang halfmoon dalam keadaan bahagian depan halfmoon menghadap atas. Maksudnya, kainkan ada depan & belakang. Bahagian depannya menghadap ke atas dan yg belakang menghadap ke bawah

2. Lipat sblh kiri sekitar 15inch ke 16inch.

3. Ukur dlm 11inch ke 12inch pada lipatan td dan tanda pd ukuran tersebut.

4. Ukur macam ni

5. Letak jarum dan jahit sedikit pada bahagian yg sudah ditanda tadi. Jahit memanjang ke bawah dlm 1inch sahaja. Jahit sikit je jangan panjang².


6. Lipat halfmoon sebelah kanan pula sekitar 13inch. Ulang perkara yang sama macam langkah yg sebelum ini. Cuma beza dr segi ukuran. Bahagian ni lg pendek dr yang belah kiri tadi. Dari ukuran 13inch tadi, ukur pula bahagian muka uol pd bahagian ni. Ukuran aimi 9.5inch. Da ukur, tanda dan jahit terus mcm langkah tadi cuma yg ini kene jahit habis sampai bawah yg kita ukur 13inch tadi .

7. Mcm ni rupanya bila dah lipat dua-dua belah halfmoon tadi


8. Inilah rupanya bile da siap. Senangkan. Ni belum di terbalikkan. Bila dah terbalikkan, bahagian yang pendek akan jadi sebelah kiri dan yang panjang jadi sebelah kanan.

9. Dah siap bole la pakai terus. Yang tak tau nak pakai tu, meh sini nak tunjuk. Sarung bahagian yang kiri dulu, bahagian yang pendek dan dijahit habis tadi

Kemudian sarung bahagian kanan pula. Buat macam dalam gambar

Dah siap sarung, kemaskan

Ok siap!

Pandangan belakang

Pandangan sisi

Selamat mencuba!


9 comments:

  1. senang je kn...

    nk jemput join blogwalking kt...singgah & join tau http://munirahmustafar84.blogspot.my/2016/01/jom-tambah-kawan-blogger.html

    ReplyDelete
  2. mcm senang je. balik ni nak mintak mak jahitkan. hehe. nak jahit sendri takut membazir kain je. nnti tah jadi shawl patern ape tah

    ReplyDelete
  3. Waaaah kalau yang suka & pandai menjahit ni mesti menjadi :D

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nk tnggu ada mesin sendiri.. Blh buat yng instant2 ni..

    ReplyDelete
  5. la...senang je rupanya...hehehe. Dah terbiasa pakai bawal 4 segi ni kan, nak try pkai shawl mcm tak confident je... padahal shawl byk nya yang cantik2...huhu

    ReplyDelete
  6. Tutorial instant shawl dua muka pun ada, Fizah buat. Cayalah! Comei je orang pakai tudung ni. Akak pakai, nampak hodoh je. Kadang tu, tak reti pakai yang jenis 2 muka ni. Last-last, tudung sarung je la, yang pakai hari-hari. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak tapi bukan saya buat. Orang yang dalam gambar ni yang buat. Senang juga pakai instant dua muka ni kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.