Kecantikan Air Terjun Lata Puteh
Air terjun Lata Puteh ni memang cantik. Air terjun yang jarang dikujungi. Lokasi pun tak berapa nak pasti. Ada yang kata di Batu Kurau, Perak ada yang kata di Selama dan ada juga yang kata di Ijok. Setelah cari punya cari maklumat yang betul, lokasi air terjun Lata Puteh ni terletak di tepi jalan antara Ijok dan Lenggong. Kedudukannya yang jauh kedalam hutan dan dilaluan jalanraya yang jarang dilalui oleh kereta.
Air Terjun Lata Puteh merupakan air terjun ketiga tertinggi di Asia Tenggara.
Dari pengalaman mereka yang telah mendaki bukit untuk ke Air terjun Lata Puteh ni, trek mendaki bukit tidak disediakan memandangkan jarang yang datang ke sini. Yang ada cuma samar samar bekas trek pendaki sebelum ni. Mungkin selepas tu, jarang ada pendaki datang ke sini dan sebab tu juga ramai yang tidak tahu ada air terjun cantik kat sini. Masa sekarang ni tak tahulah macamana, kalau ramai yang datang sini mungkin laluan trek akan disediakan.
Kalau takde trek tu kena ada ilmu sikit bila masuk hutan ni. Takut sesat, so kenalah tandakan laluan mendaki tu supaya turun nanti tak sesat. Untuk sampai ke air terjun Lata Puteh ni mengambil masa dalam 1 jam. Memang cantik air terjunnya. Hutan pun masih terpelihara.
Air Terjun Lata Puteh dari kejauhan.
Tu je la gambar yang Fiza dapat jumpa dan kongsikan memandangkan tak ramai yang dah ke sini. So gambarnya pun tak berapa nak ada. Yang ada pun, kecik pulak sizenya. Bila besarnya terus blur. Fiza amek mana yang okay untuk dikongsikan.
Pendaki tegar bolehlah ke sini kalau ada masa dan suka explore segala bukit dan gunung. Satu pengalaman yang best jugak kalau dapat mendaki dan menikmati Air Terjun Lata Puteh yang cantik sangat ni. Kalau dah sampai sini, rugi kalau tak berendam kan.
Untuk lebih details tentang pendakian ke sini, korang boleh baca blog ni mytripadvecture. Segala pertanyaan, korang boleh terus tanya kat blog tu sebab dia ada pengalaman so lebih mudah dia nak menjawab.
Sumber gambar dari cariaan google
cantek but scary at the same time..hehe
ReplyDelete