Kopi & Teh Kaw Malaya Xprezzo
Berlumba lumba tengok orang jual kopi dan teh sekarang ni. Kalau kat Seremban ni lebih berbaloi beli Kopi & Teh Kaw Malaya Xprezzo sebab memang kaw! Sampai cair air batu pun tetap kaw! Paling best green tea. Ada macam macam perisa dan cuba try rasa butterscotch memang best rasa macam air coklat yang sedap.
Dah nak habis baru nak snap! Sebab tak sabar nak minum air yang sedap
Butterscotch, Cappucino & Green Tea |
Orang Seremban boleh cuba rasa dan beli kat area tepi jalan luar Giant Senawang. Rupanya banyak orang jual kopi & teh kat sederet jalan tu. Ada dalam 5 buah gerai lebih kurang tapi jarak jarak yang tak berapa nak jauh. Seingat Fiza ada Pirate Coffee, Overdose, Gedabak Coffee dan macam macam ado! Pelik pulak tengok berniaga benda yang sama dekat dekat.
Tapi tetap setia dengan Malaya Xprezzo ni sebab puas hati sedap! harga RM4.90/cup. Ikut selera masing masing lah kan. Sebagai pembeli kita ada banyak pilihan.
setakat ni tak terjebak lagi dgn minuman ni..hehe.ramai jgk yg jual kt area bangi ni
ReplyDeletedah macam-macam coffee sekarang ni
ReplyDelete