Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Akan di Taja RM25 Juta

Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin  bakal menjadi 'Wedding of the year' tahun 2016. RM25 juta bakal di taja untuk majlis mereka. Wow! Untung rezeki mereka. Confirm meriah dan mewah majlisnya nanti kan.

Tahniah buat mereka dan semoga majlis mereka berjalan dengan lancar.
http://www.azhafizah.com/

Kuala Lumpur: Pelakon, Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 umum akan berkahwin pada 8 Februari ini dan menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.
"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.
"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," kata Sam kepada Harian Metro.
Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.
Terdahulu, pelakon berkenaan membuat pengumuman majlis perkahwinan mereka menerusi sidang media khas yang diadakan di hotel di ibu negara sebentar tadi.
Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.
Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 3:58 PM- Credit : bharian

Mesti peminat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tak sabar nak tengok mereka menjadi pasangan suami isteri dan menjadi pengantin kan.  

4 comments:

  1. untunglah kan ada orang taja...
    Tahniah kepada bakal pengantin

    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. minat dgn styatilla ni bila tgk dram sha & shah huhu...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.