Bercuti di Villa Mewah di Villa Rimbun Desa Sungai Buloh
Bercuti di Villa mewah memang seronok, salah satunya di Villa Rimbun Desa Sungai Buloh yang baru beroperasi beberapa bulan lepas. Villa Rimbun Desa mengetengahkan konsep rustik dengan ciri ciri kampung. Idea itu diilhamkan daripada konsep kotej yang popular di Lake District, England tapi disesuaikan dengan tema kampung.
Suasana di sini agak sunyi dan tenang, memang sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan di bandar. Jangan terkejut kalau di sini tiada perkhidmatan WIFI. Dah nama pun bercuti mencari ketenangan. Haruslah tidak diganggu. Lagipun kenalah dengan konsep kampung tu. Masa ni lah nak betul betul bercuti. Betul tak?
Villa Rimbun Desa terletak di Kuang, Sg Buloh merupakan sebuah villa mewah yg mempunyai 2 bilik tidur yg lengkap dgn penghawa dingin. Boleh menampung sebanyak 6 org shj maximum. Kemudahan bbq boleh menampung sebanyak 10 org jemputan tambahan.
Harga Villa kami adalah RM300 semalam pada hari kerja dan RM400 pada weekend dan cuti sekolah, public holiday (Jumaat, Sabtu & Ahad) dan tambahan RM50 untuk BBQ facility jika perlu. Swimming pool adalah private dan khas untuk kegunaan Tuan/Puan shj. Check-in time adalah pada 2pm & check-out time adalah 12pm
Rumah Atok - 2 Bedrooms
Rumah atok ada 2 bilik tidur dengan katil queen setiap bilik. Kadar sewa ialah RM300 semalam.
Antara kemudahan yang ada seperti kolam renang, laman patio dan peralatan barbeku untuk kegunaan pengunjung.
Rumah Atok - Living room, pantry and patio
Rumah Atok - Pool side
Rumah Atok - Picnic Garden & BBQ area
Dari luar, vila ini macam rumah kayu tapi sebenarnya merupakan binaan batu-bata yang dicat menyerupai kepingan papan. Hiasan rekaan dalaman pulak berunsurkan kayu terutamanya dalam pemilihan perabot untuk tema rustik . Menarik kan!
untuk maklumat lanjut
Kat facebook tu dah siap ada jadual untuk booking. So kena booking cepat sebelum penuh.
Sumber maklumat dan gambar dari facebook Villa Rimbun Desa
Sumber maklumat dan gambar dari facebook Villa Rimbun Desa
Post a Comment