4 JENIS KULIT Yang Perlu Diketahui

Bila di tanya jenis kulit sendiri kekadang jadi blur tak tahu sebenarnya kulit sendiri jenis apa. Pernah tak korang rasa macam tu? Itu yang jadi susah untuk memilih produk penjagaan kulit muka yang sesuai dengan jenis kulit. Bukanlah pakar sangat nak cakap pasal soal kecantikan ni, sekurang kurangnya kita ambil tahu dari tak tahu lansung. 

4 JENIS KULIT yang perlu diketahui 

  1. Kulit Normal
  2. Kulit Kombinasi
  3. Kulit Kering
  4. Kulit Berminyak

KULIT NORMAL

Kulit jenis normal kelihatan halus dan bersih seperti kulit bayi. Kulit jenis normal juga  kebiasaannya takde banyak masalah. Kulit mereka lembut, licin dan halus . Kering dan lembap yang biasa-biasa sahaja. Kebiasaannya kulit normal ini untuk putih adalah mudah. Memang beruntung kalau mempunyai kulit jenis normal sebab tak perlu produk yang banyak untuk kelihatan cantik.

KULIT KOMBINASI

Kulit jenis kombinasi adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Tapi kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit jenis kombinasi akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Antara Masalah masalah biasa yang dihadapi olehmereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi:
1. Kelenjar minyak yang tidak sekata
2. Muka kering
3. Jeragat (pigmentasi)
4. Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING

Kulit jenis kering biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi oleh mereka yang berkulit kering:
1. Kedut / garis garis halus
2. Bintik bintik hitam (freckles)
3. Whitehead ( Milia Seed )
4. Hitam di sekeliling mata
5. Jeragat (pigmentasi)
6. Keseluruhan muka kering dan kusam

KULIT BERMINYAK

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Berkemungkinan mempunyai masalah jerawat akibat pori pori tersumbat kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon, cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Ada satu kebaikan iaitu kulit sebegini mampu melambatkan proses penuaan. Ye ke?
- Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
1. Blackhead
2. Jerawat
3. Pori pori terbuka
4. Parut
5. Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH

Kulit bermasalah pula mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon adalah salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria. 

Itulah puncanya yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. So penting sangat untuk menggunakan produk pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit. Hormon yang tidak seimbang ketika datang bulan boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi.

Masalah masalah yang biasa muncul pada kulit seperti :
1. Blackhead
2. Jerawat
3. Jerawat batu
4. Pori-pori terbuka

KULIT SENSITIF

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak, kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran yang perlu diperhatikan.

Keadaan sensitif itu terjadi ketika :
1. Guna produk muka jenama baru
2. Makan sesuatu jenis makanan
3. Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
4. Masa mandi dan minum air berklorin
5. Terkena sabun cuci baju
6. Berada di tempat atau bangunan tertentu
7. Sedang stress
8. Simptom semasa kulit sensitif
9. Kulit menjadi merah
10. Kulit menjadi pedih
11. Kulit mengelupas
12. Kulit rasa terbakar
13. Tompok-tompok hitam
14. Naik ruam /jerawat
15. Semua diatas

Lepas ni boleh check jenis kulit masing masing ye dan gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit sendiri sebab kulit masing masing berbeza. Untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat secara asasnya memerlukan tidur yang cukup dan amalkan minum air masak 8 gelas sehari. Masalahnya kita ni nak dapatkan tidur yang cukup pun susah. Lagi satu asyik nak minum air manis je pulak kan. 

6 comments:

  1. kulit saya jenis kombinasi...alhamdulillah, senang nak jaga cuma time duduk dalam air cond dalam masa yg lama je kulit ni jadi masalah skit..

    ReplyDelete
  2. yui kategori mana pun tak tau..heee.. hat biasa ja kot..

    ReplyDelete
  3. selalu kompius kulit kombinasi dgn kulit normal. huhuhu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.