Ambil Tahu Tentang Virus Zika

Seperti yang kita tahu, kecoh tentang virus zika di berita dan juga telah tersebar di laman sosial. Virus Zika, virus terbaru yang berpunca dari nyamuk. So kita kena ambil tahu tentang virus Zika yang berbahaya ni. Dikatakan, Penyelidik sedang berusaha untuk memahami asas-asasnya termasuk bagaimana untuk mencegah, merawat dan mendiagnosis ancaman virus Zika, virus bawaan nyamuk yang baru muncul.

Untuk keselamatan, wanita hamil disarankan tidak berkunjung ke negara-negara Amerika Latin dan Caribbean dimana telah menunjukkan peningkatan dalam kejadian 'microcephaly' iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom 'Guillain-Barre'. Di katakan, Virus Zika  telah merebak dengan pantas pada akhir akhir ini dan telah dikaitkan dengan kerosakan otak pada bayi.
"Microcephaly" merupakan kecacatan otak atau kepala kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.
Paling menakutkan, virus baru ni masih tiada langkah pencegahan sehingga kini yang dapat dilakukan seperti yang dilaporkan oleh Anthony Fauzi, Ketua Instutut Alahan dan Penyakit Berjangkit (NIAID). 
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa Malaysia terdedah kepada penyakit ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, virus itu boleh menjangkiti sehingga empat juta orang di Amerika.
Kementerian menasihatkan semua pelawat dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik dikehendaki melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan apabila tiba di Malaysia. Gejalanya adalah ringan dan sukar dikesan selain ketiadaan ujian cepat yang boleh digunakan.-KKM

Terdapat 22 buah negara melaporkan kes Virus Zika buat masa ini.

  1. Barbados
  2. Bolivia
  3. Brazil
  4. Colombia
  5. Republik Dominica
  6. Ecuador
  7. El Salvador
  8. French Guiana
  9. Guadeloupe
  10. Guatemala
  11. Guyana
  12. Honduras
  13. Martinique
  14. Mexico
  15. Panama
  16. Paraguay
  17. Puerto Rico
  18. Saint Martin
  19. Suriname
  20. U.S.Virgin Islands
  21. Venezuela 
  22. Samoa
Rakyat Malaysia yang nak pergi negara tersebut hendaklah mengambil langkah pencegahan seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan nyamuk Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.

Kementerian mengambil berat penularan virus Zika di benua tersebut memandangkan risiko jangkitan itu merebak ke Malaysia adalah tinggi kerana mempunyai nyamuk pembawa jangkitan iaitu nyamuk Aedes. Densiti nyamuk Aedes di Malaysia adalah sangat tinggi selain hakikat bahawa negara ini juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.

Rakyat Malaysia secara amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit itu memandangkan ia belum terdapat di negara ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas, Nampak tak betapa bahayanya virus Zika ni.

Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus dapat membunuh virus Zika, jadi orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes. Menakutkan bila dengar. Mencegah lebih baik dari mengubati.

FAKTA TENTANG VIRUS ZIKA



Sumber maklumat dari mstar.com.my
Sumber gambar dari carian google

7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.