Kepentingan Melabel Setiap Entri
Selama pengalaman edit/design blog ataupun berblogwalking terperasan ada blog yang tak melabel setiap entri yang di tulis. Mungkin bagi mereka tidak penting tapi sebenarnya penting juga dalam melabel setiap entri ni.
Cara melabel bergantung kepada cara masing masing. Contohnya seperti label tutorial, resepi, isu semasa, makanan, viral dan sebagainya. Jadi, setiap entri resepi masakan kenalah labelkan dengan entri 'resepi'. Boleh juga letak banyak tapi berpada² dan labelkan dengan label yang sepadan dengan entri.
Bila dah melabelkan entri dengan label yang betul serta bersistematik boleh memudahkan korang gunakan label² ini sebagai tujuan yang lain.
Kepentingan Melabel Setiap Entri
1. Boleh gunakan link label untuk di masukkan ke dalam menu bar dalam satu kategori. Contohnya macam kat blog Fiza ni. Segala tutorial blog, resepi dan lain lain dari link label yang telah dilabelkan dengan kategori yang sama.
2. Memudahkan pembaca mencari entri yang berkaitan dengan label yang sama. Kebiasaanya setiap blog mesti ada related topik di bawah entri kan. Perasan tak pada related entri kat bawah tu kalau kita tak labelkan entri dia akan jadi random post dan kekadang tak related pun dengan entri yang kita baca tu. Tapi kalau kita labelkan setiap entri, related post for sure akan related dengan entri yang kita baca. Dari situ dapat menarik pembaca untuk baca entri sebelumnya dalam kategori yang sama.
3. Dengan cara melabel membuatkan entri entri yang ada tersusun kemas seperti menyusun fail fail mengikut nama. Mudah untuk mencari kan.
Cara Melabel Entri
Cara melabel entri mudah je. Masa tulis blog tu, di ruang sebelah kanan ada bahagian labels kan. Tulis je label kat situ. Kalau nak label lebih dari satu, cuma perlu letakkan tanda 'koma'selepas setiap satu label. Pastikan jangan buat label merapu macam buat hashtag pulak ye.
Bagi yang dah lama berblogging sure dah otai dengan features blogspot ni. Kalau guna platform blogspotlah. Kalau guna wordpress, memang Fiza zero tak tahu apa. Itu je la kot perkongsian untuk petang. Sekadar ilmu santai je. Nanti korang jugak yang rugi kalau tak buat. Jenuh kot kalau nak melabel dari entri awal awal tu. phew~
Kalau ada lagi kepentingan melabel ni, boleh tambah ye dalam kotak komen ye. Terima Kasih
Kalau ada lagi kepentingan melabel ni, boleh tambah ye dalam kotak komen ye. Terima Kasih
saya buat menu bar untuk setiap kategori dan label.
ReplyDeletememang betul mesti lebal supaya senang di cari .;)
ReplyDeleteyeayy blog akak dah ada label.. itu pun Fiza yang buatkan. Thanks Fiza :)
ReplyDeleteposting yang baik. thanks for the tips. hana selalu label, tp lepasni kena lebih faham lagi.
ReplyDeletelabel ni pntg sgt pd sya. sng nak cari balik entri dulu2 untuk rujukan ke apa.
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletexreti sangat nak design2 label ni...huhuuhuuhu
ReplyDeletexselalu guna label, lepas ni kena try lebih. good info.
ReplyDeletekeladi tak ada label..hemmmm tapi tu la..mesti rugikan....thks untuk maklumat ini ya
ReplyDeletekalau gambar kita google, kita xmasukkan label pun...tapi kalau gambar kita ambik sendiri, memang confirm terus di labelkan!
ReplyDeletehahaha afzal banyak label. awal2 dulu tak terfikir pasal ni..alih2 sekarang beratus kot label afzal :D
ReplyDeletePenting sebenarnya sebab nak cari ...
ReplyDeletebetul2, kalau nk cr entry senang cr by label jer..
ReplyDeleteaida x kan tinggal label entry.
ReplyDeleteutk diri sendiri carik pun iye jugak.
Saya tak pandai bab label
ReplyDelete