Perkara Perkara Yang Buat Graphic Designer Naik Hantu

Menjadi seorang graphic designer bukanlah mudah. Lebih lebih freelance graphic designer macam Fiza yang bukan belajar bidang design ni. Belajar sendiri je. Lagipun sesiapa je boleh jadi graphic designer asalkan kreatif dan paling penting kena sabar tahan karenah berbagai bagai ragam customer.

Alhamdulillah setakat ni Fiza rasa customer Fiza semuanya baik baik je dan sabar tunggu design siap. Awal awal Fiza dah cakap, Fiza tak ambil urgent order. Sebab tak suka buat kerja dalam keadaan 'rushing'. Sudahnya kerja takde kualiti. Kalau nak cepat, memang Fiza tolak. Jadi, lebih mudah Fiza bekerjasama dengan mereka yang sabar tahap tinggi ni. Bila bekerjasama dengan baik, makanya inshaAllah hasilnya baik juga dan puas hati kedua dua pihak.

Tapi kekadang tu ada juga perkara perkara yang sangat sangat menjengkelkan seorang graphic designer sampai boleh naik hantu!. Jenis Fiza, tak suka nak complaint perangai kat customer kat umum. Tipulah kalau takde terasa sikit tu kan. Sikit sikit tu ada tapi let it go je la. Bila bekerja menawarkan service ni kita kena lebih banyak bersabar. Walaupun customer Fiza tak de yang macam ni, tapi Fiza nak share juga untuk peringatan bakal customer dan juga customer designer lain. Boleh baca dalam gambar infographic bawah ni. Tak perlulah kot Fiza taip semula.


Sumber dari print-print.co.uk

Harap faham tugas graphic designer bukan mudah demi memuaskan hati seorang pelanggan. 

8 comments:

  1. hehe ok faham. tapi ok la kalau pija belum jumpa ngan customer mcmtu kan? harap2 tak jumpa la ye :)

    ReplyDelete
  2. kalau dah rushing,idea pun susah nak keluar kan

    ReplyDelete
  3. Bro pandai je buat design. Cuma x minat buat design untuk orang lain. He...23x Tapi itu kelebihan yang Bro ada untuk memberi kepuasan pada diri / bisnes sendiri.

    ReplyDelete
  4. Samalah kita.
    takpelah kita sabar dan sabar.

    nak jd designer kena ada 200% kesabaran kan.

    ReplyDelete
  5. hehehe.. memang betul la. kadang2 kita bole naik hantu klu dpt customer cerewet

    ReplyDelete
  6. sabor jelah...dah memang adat la bila kita deal ngan manusia...pelbagai ragam (^_^)

    ReplyDelete
  7. yup, kena banyak sabar if run bisnes design cmni ^^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.