Cara Menggembirakan Seseorang Yang Sedang Bersedih

Perempuan kalau sedang bersedih, lelaki mesti akan cakap"Perempuan susah dipujuk!". Lebih lebih lagi lelaki yang tak faham perasaan perempuan. Sebenarnya mudah je pun nak pujuk ataupun gembirakan seseorang yang sedang bersedih ni kerana orang yang sedang bersedih perlukan perhatian lebih sikit je. Pujuk dengan kata kata yang boleh membuatkan dia gembira ataupun boleh lakukan cara menggembirakan seseorang yang sedang bersedih seperti dalam gambar di bawah. 















Kredit foto : Facebook

Mesti seronok kan jadi " Happy lil' sushi roll "ketika bersedih. Mesti mood kembali ceria walaupun nampak macam kelakar kena gulung tu. Tapi tak perlu sampai gulung dengan selimut pun. Cuba berikan perhatian dan layan dengan elok pun dah cukup bagus. Perempuan ni memanglah cepat emosional, cepat merajuk tapi kalau lambat pujuk lambat gembirakan dia sampai ke sudah dia simpan merajuk. Bukan susah pun nak faham, cuma lelaki anggap benda ni sesuatu yang remeh. Opsss...tak semua lelaki macam tu. Cuma segelintir je. Kekadang yang remeh ni lah boleh jadi yang perang besar.

Agak agak cara ni berkesan ke? Kalau nak tahu berkesan ke tidak, cubalah buat pada isteri, adik perempuan ke masa dorang tengah bersedih. Confirm korang akan di cop lelaki yang paling termanis dalam hidup dia. Barulah tandanya sayang. Bukan masa happy je kena sama sama. Masa sedih pun kena bersama.

Seandainya kalau tiada sesiapa yang datang menggembirakan pun jangan terus bersedih. Korang bukan keseorangan. Allah kan ada. Setiap masa ada. Luahkan kesedihan pada Allah kerana Allah maha mendengar. InshaAllah rasa lebih lega. Bukanlah luahkan di media sosial yang akhirnya buat korang lagi sedih dengan kata kata yang tak sedap di dengar. Betul tak?

3 comments:

  1. ololoo rasa sweetnya cmtu..hhiih..

    kesedihan dtg dan berlalu.. inshaaALLAH

    ReplyDelete
  2. seronok eh kena layan macam tu..kalau kita kena buat macam sushi,macam manalah gamaknya

    ReplyDelete
  3. hahaha confirm kena lempang balik haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.