Kek Inspirasi Dari Baju Pengantin Anzalna Nasir
Masih ingat lagi baju pengantin/gaun yang dipakai oleh Anzalna Nasir masa majlis perkahwinannya? Sampai jadi viral di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat termasuk luar negara.
Gaun diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa itu disiapkan dalam tempoh tiga bulan dan mendapat perhatian pengguna sosial di United Kingdom dan Eropah bertemakan Royal British – Fairytale
Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.
Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut.
Pemilik butik Cosry yang juga pereka gaun itu, Teuku Putra Aziz menceritakan pengalaman sukar ditempuhinya selama tiga bulan untuk menyiapkan gaun itu.
Katanya, pada awalnya, dia mengalami kesuntukan masa dan kesukaran untuk mencari pembantu reka, fabrik dan material sampingan untuk menghasilkan gaun terbabit.
Dia terpaksa berulang-alik ke Jakarta beberapa kali hanya untuk mencari pakar yang boleh melukis tangan (hand painting) corak sayap Barbie Mariposa pada kain sepanjang 12 meter.
“Apa yang mengejutkan, tiada pelukis di sana yang mahu melukisnya kerana terlalu sukar memandangkan lukisan tangan memerlukan masa yang agak panjang untuk dikeringkan sebelum boleh dipotong untuk proses menjahit.
“Saya kemudian memuat naik kenyataan di laman Facebook bahawa saya sedang mencari pelukis dan ketika itu ramai pelukis antaranya dari Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka menghubungi saya.
“Saya menghantar kain kepada mereka untuk melihat hasil, namun tidak menepati kehendak saya,” katanya ÿang mengaku gaun Anzalna itu paling sukar pernah dihasilkannya.
Katanya, dia berjaya menyiapkan gaun seberat 20 kilogram itu dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, gaun itu disiapkan menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna off white dan dusty pink, serta taburan batu permata swarozski serta beberapa jenis batuan lain.
“Saya gembira kerana gaun ini telah viral bukan sahaja ke Indonesia dan Brunei, malah United Kingdom serta Eropah.
Dasyat juga proses nak menyiapkan gaun pengantin cantik ni kan. Unik dan cantik dari yang lain. Sebab tu ramai yang suka sampai sanggup nak beli dengan harga yang mahal.
Malahan, ada yang buat kek inspirasi dari baju pengantin Anzalna Nasir ni.
Kredit foto : Triple Sprinkles cake boutique |
Yang ni lagi nampak sama kan.
Kredit foto : umubakeshop |
memang teliti & penyabar la org yang buat kek ni...& baju tu...hehehehe
ReplyDeletememang cantik sangat :)
ReplyDeletecantiknya kek. sayang nk makan. hehehe
ReplyDeleteperghhhh, mantoppp..sabarr jela nakkk, saya pun suka, cute yang amat, tak rugi berusaha siap kan....cekal btul lahhhhh
ReplyDeleteLain macam betul penangan baju kahwin Anzalna ni. Hahaa
ReplyDeletemmg cntik pun dress anzalna tu..
ReplyDeleteeh, atas sekali tu kek akak saudare kite la. dia memang kreatif. semua kek yg dia buat cantik2 + sedap2. hehe.
ReplyDeletememang cantik kan gaun ni. Kita suka tgok warna dia pon lembut je. Brapa la gamaknya rega nya kan hehehe
ReplyDeletetp memg baju tu cantik sgt..
ReplyDeletecantik sangat.
ReplyDeletewahhh...cantiknya :)
ReplyDeletecantik sgt gaun tu.. skrg ni pun dah viral corak kain mcm tu..
ReplyDelete