Pelbagai Resepi Aiskrim Malaysia Viral
Sekarang tengah viral aiskrim sumi dan ramai yang dah cuba buat. Telan air liur je la kalau malas buat. Ada masa nak kena cuba buat jugak ni sebab nak rasa sejauh mana kesedapan aiskrim tu. Selain aiskrim sumi, ada lagi aiskrim malaysia yang sedap sedap tau. Ada aiskrim choki choki, aiskrim nutella,aiskrim jelly lollipop, aiskrim gula apong, aiskrim jeruk, aiskrim kacang hijau, aiskrim asam boi dan lain lain.
Fiza kongsikan resepi aiskrim malaysia yang sedap sedap ni yang Fiza dapat dari facebook dan diolahkan sedikit untuk perkongsian dalam blog.
Aiskrim Choki-choki
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung
Cara cara
1. kacau semua bahan bahan dan didihkan dengan api yang kecil. Kemudian tapis.
2. Choki-choki potong 2, Picit² masuk dalam plastik aiskrim dan ratakan adunan aiskrim dalam plastik
Ais Krim Jelly Lolipop
Bahan-bahan
air 5000ml
1 packet jelly (tak kisah flavour apa-ikut citarasa)
1tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
pelastik ais krim
Cara Cara
1. Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut , baru hidup kan api)
2. Masak hingga larut dan sebati * kacau selalu ye
3. Rasa dulu, kalau tawar tambah lg gula.
4. Bahagi kan kepada 3 bahagian dan warna kan.
5. Isi dlm plastik. Ikat.. Siap!
Aiskrim Jeruk
Bahan-bahan
Air
Gula
Jeruk
Cara-cara
Bancuh air gula je lepas tu campur je ngn jeruk
Aiskrim Kacang Hijau
Bahan-bahan
Kacang hijau (rendam semalaman)
Santan 1 liter
Gula 2-3cawan
Gula merah
1-3cubit garam
Cara-cara
1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman tu rebus sampai empuk/kembang
2. Air gula merah masak berasingan dan tapis
3. Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah+gula+garam dan santan. masak macam buat bubur kacang.
4. lepas tu tutup api. Bila suam baru isi dalam plastik ais krim.
Aiskrim Sumi
Bahan-bahan
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi - dibelah 4 setiap satu
cara-cara
1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Tutup api.
3. Letak perasa dan pewarna, kacau rata.
4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai. Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya.
*guna esen rose & warna pink untuk perisa bandung. Orange untuk perisa oren.
Aiskrim Nutella
Bahan-bahan
1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam
Cara-cara
Cara-cara
1. Masak air atas api kecik sampai semua larut dan mendidih
2. Air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah gula sikit kalau nak lebih manis.
3. Sejukkan dulu baru tuang dlm plastik
*untuk letak nutella..lenyek2..pstu bru tuang campuran tadi
Aiskrim Gula Apong/nise (Seakan akan gula Melaka)
Bahan-bahan
3liter air
1kg kelapa (buat santan)
Gula apong ori @gula nira agak2 700g.
Daun pandan 2helai
Cara-cara
1. Masak air sampai mendidih baru msukkan gula nira, santan dan daun pandan.
2. Tapis dulu sebelum masukkan dalam plastik aiskrim.
Semua pun sedap sedap kan. Jangan lupa cuba buat ye. Bila tengok aiskrim malaysia kembali ni, teringat pulak aiskrim asam kecut ni ha. Tetap legend!
Sumber dari facebook |
Terima kasih buat mereka yang berkongsi resepi di facebook. mohon halalkan perkongsian ni ye.
ramai yang buat kan..paling akak suka aiskrim asam kecut tu juga
ReplyDeleteKembali semula dah aiskrim Malaysia...
ReplyDeletetak sabar nak try! haha wait till holiday, balik kampung yeay!hehe
ReplyDeletewah macam kembali ke zaman kanak2
ReplyDeletesedapnya
mmg dah viral dah skrg ni kan.. tp apa2 pun yg asam boi tu mmg win dr dulu lg ;)
ReplyDeleteviral dh skrg...mcm2..
ReplyDeletemenarik semua nya.
ReplyDeletetgh demam lagi ni.
anak2 pun aida larang dulu.
nanti in shaa Allah sampai time, memang aida order dgn jiran.
dia buat memacam eskrem gitu, fiza.
sebatang 30sen.
fav tu aiskrim choki chokii emm 👍👍
ReplyDeletebergantung pada banyak mana letak dalam satu stick tu. kalau letak sikit mungkin dapat banyak kuantitii aiskrim tu
ReplyDelete