Jangan Berhenti Berharap, Taubat dan Doa

Manusia, cepat betul mengalah. Suka sangat berputus asa dan berhenti berharap. Semua orang pernah merasakannya. Tipulah kalau tak pernah rasa macam tu. Apa yang berlaku semuanya Allah telah aturkan untuk kita. Allah adalah sebaik baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba hamba-Nya.

Manusia juga leka membuat silap selagi tak tersungkur jatuh. Bila dah tersyukur baru nak menyesal dan baru nak bertaubat. Manusia tiada yang sempurna. Manusia mana yang tak pernah melakukan kesalahan. Mesti ada. Sedarlah dan segera bertaubat selagi masih ada masa. Terkesan sungguh mendengar kata kata dari Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ni, betul betul menyedarkan. Dengar ye. Sama sama muhasabah diri untuk menjadi muslim yang lebih baik.


Kita sering terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan...

Cuma bila Allah memperkenankan sesuatu hajat,
ia memperkenankan dalam berbagai rupa
Manusia kadang kadang dia selalu minta (saya selalu sebut)
Kadang kadang dia minta wang
sebenarnya dia bukan minta wang, dia nakkan kebahagiaan
tapi dia sangka, dengan adanya wang, ada kebahagiaan
Allah kadang kadang tak bagi wang sebanyak yang dia harap
tapi Allah berikan kebahagiaan kepada dia
Dia minta isteri cantik, dia berkenan seseorang itu...
Allah tahu mungkin tidak baik untuk dia,
Allah beri juga isteri kepada dia tapi dia kata bukan yang aku doa hari tu...
Tapi yang Allah beri itu lebih baik untuk kehidupan dia,
lebih baik untuk kebahagiaan rumah tangga dia...
Lebih baik untuk dia meneruskan perjalanan hidup
namun, Allah menghampakan hamba, tidak sama sekali.
Tapi dia sangka yang aku minta itu tak sampai sampai lagi
Tak...sebahagian besar hayat kau telah kau kecapi nikmat itu

Teruskan mengharap dengan Tuhanmu...

Manusia berhubung terus dengan Tuhan
Dia minta
Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat
Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu.
Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia tak bagi,
tentu dia bagi
Hatta manusia Islam, dia naik kereta
dia tengok orang susah di tepi jalan,
dia kata " Ya Allah, kasihanilah dengan sahabat kita yang susah ini,
hambamu yang susah ini,berilah rezeki kepadanya.
Kita kesian tengok dia naik motor, kita naik kereta, hujan...
Nabi kata "tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara dia itu tidak tahu..."
Melainkan Allah hantar malaikat - malaikat
Untuk kau macam itulah juga
Maksudnya engkau minta yang baik untuk dia,
untuk engkau macam itulah juga

Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri...

Ajaib hidup ini dengan doa,
ajaib...ajaib tuan tuan kalau fikir kerana doa kita doa,
entah berapa banyak lagi kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan
yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa,
kita sangka macam kita tak boleh keluar
pada hari ni kita dapati,
berapa banyak kesusahan yang telah kita rentasi
dan kita pun telah melupai sebahagian besar daripada doa yang kita sebut.

Selagi nyawa dikandung badan, peluang untuk kembali kepada Tuhan tidak pernah tertutup...

Muslim..nak taubat kepada Tuhan tak perlu isytihar diri
nak minta kepada Tuhan juga, tak perlu perantaraan,
manakah agama yang lebih memberikan ruang
untuk manusia balik kepada Tuhan lebih daripada apa yang diberikan oleh Islam.

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.