Jalan Jalan Shopping di Khlong Hae Floating Market, Hatyai Thailand
Lepas dah settle masuk sempadan Thailand melalui Padang Besar Perlis, terus gerak ke Khlong Hae Floating Market Hatyai Thailand. Dah siap set awal awal lokasi kat waze. Dari Sempadan Thailand nak ke Floating Market ni ambil masa dalam 1 jam lebih sikit dan melalui jalan kampung.
Terasa agak lama perjalanan ke sini sampai terlajak masuk simpang beberapa kali sebab tak biasa dengan jalan di Thailand ni. Simpang dia macam nak masuk jalan lorong. Setelah sejam lebih kamiorang selamat sampai.
Terasa agak lama perjalanan ke sini sampai terlajak masuk simpang beberapa kali sebab tak biasa dengan jalan di Thailand ni. Simpang dia macam nak masuk jalan lorong. Setelah sejam lebih kamiorang selamat sampai.
Khlong Hae Floating Market opening hours
Untuk pengetahuan korang kalau yang tak tahu, floating market ni cuma di buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. So kalau nak datang sini kena datang hari jumaat, sabtu atau ahad.
Friday, Saturday, Sunday, Service hours: 15:00-21:00
Dah sampai sini, korang boleh parking kat tepi jalan besar je. Tapi masa tu, kitaorang parking kat dalam kawasan rumah orang dan ada budak jaga parking. Kenalah bayar kan. Bayar je la sebab tak tahu boleh parking kat luar tepi jalan je.
Dah sampai sini, korang boleh parking kat tepi jalan besar je. Tapi masa tu, kitaorang parking kat dalam kawasan rumah orang dan ada budak jaga parking. Kenalah bayar kan. Bayar je la sebab tak tahu boleh parking kat luar tepi jalan je.
Tapi kat tepi jalan tu pun dah penuh dengan kereta parking dan jalan kat situ agak sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Nak melintas pun susah.
Rambang mata dibuatnya nak shopping kat sini terutamanya pakaian.
Selain pakaian, toys ini pun comel comel.
Nak ke floating market, korang akan melalui jambatan ni.
Dari atas jambatan ni boleh tengok kemeriahan dan keunikan floating market ni.
Dah sampai ke seberang, kamiorang teruskan perjalanan shopping kat market atas dulu.
Macam macam ada di jual
Tshirt
Dah settle shopping kat atas, masa untuk turun ke floating market. Kat sini wajiblah ambil gambar kan.
Sampai kat floating market ni, semuanya jual makanan dan minuman sahaja ye. Sebenarnya kat market atas tadi ada je food court tapi ye lah kan, macam macam di jual kan. Orang pun ramai.
Tak berani nak makan. Dikhuatiri tak halal dan banyak juga signboard 'pork' tu. Kat floating market ni, korang tak perlu risau nak cari makanan halal. Sebelum beli, pastikan ada tanda halal kat signboard kedai perahu ni ye. Bukan halal berpandukan "orang yang pakai tudung".
Bila sampai sini, memang ramai orang Malaysia. Dah macam tempat ni kat Malaysia pula.
Harga 20 baht untuk air dalam buluh, lebih kurang dalam RM2.++ dan kalau dalam bikar dalam 35 baht. Kamiorang beli yang dalam buluh je air kelapa dan air teh thai.
Adik ipar beli mee. Mee apa ntah namanya, lupa pula. Harga pun tak ingat. Ini sistem pemberian kepada pelanggan. Guna kayu dan bakul je. Nak bayar pun letak duit dalam bakul ni je. Unik kan. Ye lah, mana lah nak sampai kalau guna tangan. Tak pasal pasal makcik tu jatuh dalam kuah mee panas tu.
Dah beli air dan mee, berehatlah sekejap kat sini
Di sini disediakan meja dan kerusi. So boleh makan kat mana mana suka. Nak bersila kat bawah pun boleh.
Sebelum balik, sempat beramah mesra dengan anak gajah ni. Adik ipar lah yang beramah mesra.
Fuhh..penat sungguh jalan jalan kat Floating Market ni. Tambah lagi dengan cuaca panas kan. Memang berpeluh sakan di buatnya. Kalau korang datang sini, siap siaplah bawa air masak. Jimat beli air.
Kat sini saya tak shopping sangat. Nak beli beg, beg dah banyak. Nak beli baju, macam tak sesuai. Nak beli kasut, macam tak berkenan. Sudahnya saya beli seluar je sebab seluar dan kain kat sini cantik cantik dan susah nak dapat kat Malaysia kan. Tak lupa, fridge magnet wajib beli untuk koleksi kat rumah.
Lokasi : Khlong Hae, Hat Yai, Songkhla 90110 Thailand
Lokasi : Khlong Hae, Hat Yai, Songkhla 90110 Thailand
best tempat ini
ReplyDeleteaida pernah ke sini :)
ReplyDeletebest!!! menjadi impian nak bwk anak2 plak.
ari tu gi berdua dgn mr.asben.