Lovina Homestay Perlis Luas dan Selesa
Morning! Entry baru muncul hari ni setelah 4 hari bercuti rehat. Semalam dah kembali dari bercuti cuma perlukan rehat lagi sebab perjalanan yang jauh dari selatan ke utara dan sampai ke negara jiran. Kali ni ke Perlis untuk majlis pertunangan adik ipar Fiza dengan orang Perlis. Dah jodoh dapat orang jauh tu. Sesekali dah sampai utara, boleh sekali bercuti.
Sebelum pergi dah siap siap survey untuk stay homestay je memandangkan lagi jimat jika bercuti ramai ramai dengan family. Survey punya survey, jumpalah Lovina Homestay Perlis. Tengok dari gambar pun dah menarik. Nampak rumah besar, ruang yang luas dan tentunya lebih selesa kalau stay ramai².
Ini permandangan dari luar rumah. Boleh parking 4 kereta.
Ruang tamu yang besar dan cukup selesa. Channel astro pun ada.
Dapur yang lengkap dengan peti ais, dapur masak, microwave oven, mesin basuh, pinggan mangkuk, bahan asas masakan dan macam macam ada lagi.
Rumah ni ada 4 bilik. Satu bilik kat bawah, 3 bilik lagi kat atas. Bilik sebelah kiri ni ditutup, 2 bilik je boleh digunakan sebelah kanan ni.
ruang rehat setelah dari pandangan tangga ke atas. Yang pintu terbuka tu bilik air.
Dari pandangan bilik Fiza & husband.
Bilik Fiza & husband. Kemas, bersih, selesa dan cantik.
2 bilik lagi tak ambil gambar. Dari 3 bilik tu, cuma satu yang ada air cond. Memang bestlah yang dapat bilik air cond. Bilik Fiza cuma kipas je la. Disebabkan cuaca Malaysia tengah musim panas, memang panas. Berpeluh tidur dibuatnya. Kena buka tingkap bagi angin luar masuk baru sejuk sikit.
So far, sangat selesa menginap di Lovina Homestay Perlis ni. Kemudahan semuanya lengkap. Cuma disebabkan cuaca panas kurang selesa dengan hanya berkipas je. Nak mandi air paip pun dah macam air panas. Kiranya nak menginap kat sini kena musim sejuk sikitlah kan.
Yang tak bestnya dalam rumah di ruang tamu dan dapur ada CCTV. Dah tanya pada owner rumah. Katanya tak aktif kalau ada tetamu tapi tengok lampu infrared merah menyala je. Harap memang tak aktif sebab kira dah melanggar privacy tetamu. Itu je nak kabo. Yang lain semuanya tiptop. Mudah berurusan. Terima kasih tuan rumah bagi kami menginap di sini.
Harga satu malam RM250. Kamiorang stay 2 malam, dapatlah harga murah sikit RM230 semalam. Total RM460.
Untuk maklumat lanjut dan booking
Facebook : www.facebook.com/LovinaHomestayPerlis
Whatsapp : 019.4110957
Thx for sharing Fiza..InshaaAllah hjung bulan 11 nti adik ipar akn nikah dgn org Perlis...boleh la try sini :)
ReplyDeletesangat selesa
ReplyDeletedh ok ada cctv tp hrp xfgsi la walau lampu merah tu liplap..huuu
ReplyDeletewah besarnya homestay ni..
ReplyDelete