Masak Ketam Telur Masin
Lewat makan tengahari hari ni. Makanya lambat juga update blog. Pagi tadi husband service kereta, buat alignment tayar dan basuh kereta. Tunggu punya tunggu dalam pukul 2 petang baru siap semuanya. Di sebabkan nak makan ketam punya pasal, lepas dah siap semua urusan barulah pergi beli ketam. Beli 2 ekor je, cukuplah untuk makan berdua. Kadang kadang tu terlebih cukup.
Rezeki hari ni dapat beli ketam segar dan besar di Family Store. Selalunya ketam kecil dan macam kurang segar. Alhamdulillah rezeki merasa ketam segar dan kebetulan nak mencuba masak ketam telur masin tu. Ramai yang dah cuba kata sedap, mengapa tidak diri sendiri pun mencuba juga. Haruslah penggemar ketam macam Fiza cuba masak sendiri.
Resepi masak ketam telur masin ni ambil dari blog kathyjem.blogspot.my. Nampak macam mudah je nak masak. Bahan bahan pun tak banyak sangat. Jadi, Fiza follow je resepi tu cuma Fiza kurangkan bahan sebab masak untuk 2 ekor ketam je kan. Telur masin Fiza guna 3 biji je. Telur putih guna sebiji je. Sila sukat ikut banyak mana ketam yang nak di masak tu ye.
Selepas bertungkus lumus kat dapur, perut pun dah lapar. Siap juga masak ketam telur masin ni. Rasa??? Dah tentu sedap! Bukan nak puji diri sendiri la masak sedap tapi memang sedap. Dapat pula ketam yang segar dan besar kan.
Ada rasa telur masin, ada rasa butter ada rasa pedas dan bercampur jadi rasa yang sedap. Dapat juga makan ketam masak telur masin ni. Kalau nak rasa, tak payah tunggu nak makan kat luar. Masak sendiri je sudah. Fiza makan separuh ketam pun dah kenyang.
Ketam ni sedap kalau dapat yang segar dan besar tu. Puas makan isi banyak tapi yang tak seronoknya ambil masa nak kupas kulit ketam yang keras tu. Memang ber jam makan ketam seekor pun! Sebab tu malas nak makan kat kedai. Kena bertapa makan kat kedai sebab lama sangat nak habiskan.
Happy tummy. Alhamdulillah.
Sedapnya ketam.. Nanti nak cuba lah..
ReplyDeletesedapppppp nya....
ReplyDeletegeram kan tengok ketam besar kat family store..hehehe...akak pun beli kat situ..
ReplyDeletenyum nyum sdpnya tgk fiza..
ReplyDeletewow terbaik..pe susah,,cam masak sya org tua gigi tak kuat,,sedia alu lesung batu tu & papan pemotong daging,,ketuk je ketam kat situ baru gigit nak makan,,,cumanya sepah bersepai la skit...hihi...
ReplyDeleteaida cukup x reti nak masak ketam tau.
ReplyDeletetu yg tak pernah beli.
kalau jalan mana2, beli aje yg da siap masak :)
wah, tetiba pulak akak jadi lapar haha..
ReplyDeletekalau macm ni akak pun nak buat jugak..selalu masak lemak cili api je..
ReplyDelete