Prosedur Keluar dari Thailand Ke Malaysia Melalui Bukit Kayu Hitam

Untuk keluar dari Thailand, kamiorang plan keluar melalui Bukit Kayu Hitam Kedah sebab nak makan kat Danok sebelum keluar. Selepas penat jalan jalan kat Khlong Hae Floating Market masih ada ruang untuk makanan.

Kami singgah di Danok sebentar untuk menjamu selera. Danok ni sempadan Malaysia (Bukit Kayu Hitam). So dekat je. Kat sini urusan jual beli boleh guna Baht atau Ringgit Malaysia pun boleh.

sempadan thailand malaysia

Kat Danok ni ada gerai gerai kecil tepi jalan yang kebanyakkannya peniaga Islam. Antara makanan yang popular kat sini daging bakar lah kot sebab adik ipar dok nak makan daging bakar kat sini.

Malam tu bayar guna duit baht yang tak habis tu dan tambah sikit duit Malaysia. Kalau tak guna habiskan duit tu nanti tukar balik kat Malaysia rugi pula kan. So guna bagi habis. Selesai makan terus menuju ke sempadan nak balik Malaysia.

Kat sini ikut je jalan masuk melalui imigresen Thailand. Masa ni kereta banyak juga dan terpaksa menunggu lama. Tunggu lama pun sebab urusan kaunter imigresen Thailand agak lambat sebabnya sampai di kaunter semua orang kena keluar kereta. Kalau ramai, lagi lambatlah urusan nak selesai.

Prosedur Keluar dari Thailand ke Malaysia.

1. Serahkan passport di kaunter imigresen Thailand untuk di scan dan di cop. Kalau nasib kurang baik, kena bayar RM1.

2. Dah lepas kaunter imigresen Thailand, pemilik kereta perlu serahkan surat pengistiharan membawa kereta dan sign.

3. Terus bawa kereta ke kaunter imigresen Malaysia untuk di scan dan di cop. (tak perlu turun kereta-drive thru je). Lepas tu terus masuk tol dan bayar tol. Pastikan ada kad touch and go.

Prosedur keluar dari Thailand agak mudah cuma penat menunggu lama.

2 comments:

  1. thanks sharing fiza..senang la kalau da tau prosedur untuk ke sana..

    ReplyDelete
  2. masa aida kat danok tu, lunch kat satu kedai tau.
    makan nasi, tomyam & telur dadar.
    ya Allah, sedap nyer tomyam dia.
    memang thailand betul la...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.