Prosedur Masuk Ke Thailand Dari Padang Besar Perlis Dengan Kereta

Sebelum majlis pertunangan adik ipar, kami sekeluarga dah rancang nak masuk ke Thailand lepas majlis. Yelah kan, alang alang dah ke Perlis tu lajak sikit lah kita ke Thailand. Merasa juga ke negara luar walau trip ke hatyai naik kereta je pun dah sampai.

Nak ke negara orang kenalah ada passport. Dah siap renew passport hari tu. In case kalau jadi pergi Thailand senang passport dah aktif.

cara masuk thailand guna passport

Sebelum tu jangan lupa tukar duit dulu ye. Haritu tukar duit sikit je sebab cuma sekejap je nak masuk ke Thailand tu. Kamiorang plan pun nak ke Hatyai je. Nak ke tempat lain memang tak sempat sebab dah petang pun kan. 

Nak ke Thailand ni ada dua jalan masuk samada dari Padang Besar ataupun Wang Kelian. 

Pintu Sempadan
Masa Buka
Masa Tutup
Malaysia
Thailand
Waktu Malaysia (UTC +8)
Waktu Thailand (UTC +7)
Waktu Malaysia (UTC +8)
Waktu Thailand (UTC +7)
Wang Klian (Perlis)
Khuan Don (Satun) (juga dikenali sebagai Wang Prachan)
8:00 pagi
7:00 pagi
7:00 malam
6:00 petang
Padang Besar (Perlis)
Padang Besar (Songkhla)
6:00 pagi
5:00 pagi
10:00 malam
9:00 malam






Credit jadual : KembaraGD

cara masuk thailand dengan kereta
Jalan masuk ke Sempadan Thailand melalui imigresen Malaysia dulu

Cara masuk Thailand dengan kereta

Sebelum masuk ke Thailand dengan berkereta pastikan ada passport dan geran kereta (samada yang asal atau salinan). Jika bawa salinan geran pastikan di cetak depan belakang. Prosedur masuk ke Thailand dari Padang Besar, Perlis.

1. Pergi ke kaunter Imigresen Malaysia dengan berkereta (drive thru) tanpa perlu turun dan serahkan passport ke kaunter. Pasport akan discan dan diperiksa.

2. Kemudian bawa kereta ke sempadan Thailand dan parking di tempat letak kereta. Semua orang  perlu turun dari kereta menuju ke kaunter Imigresen Thailand.

3. Serahkan passport pada petugas untuk menulis borang TM6 arrival & Departure untuk setiap orang dan bayaran RM1 dikenakan untuk servis mengisi borang tersebut.

4. Untuk bawak kereta ke Thailand, perlu beli insurans kereta RM20 dan perlu menyerahkan salinan geran kereta untuk petugas mengisi borang insurans.

5. Pergi ke kaunter Imigresen Thailand untuk di scan dan di cop dan perlu buat pembayaran RM1 juga (ikut nasib siapa kena)

6. Pergi ke kaunter berikutnya untuk pengesahan kenderaan. Di sini, serahkan salinan geran kereta, insuran dan passport pemilik kereta (akan di kembalikan semula kepada pemilik).

Okay settle semuanya dah boleh masuk jalan jalan di Thailand.

cara masuk thailand dengan kereta

Bagi yang nak bercuti lama di Thailand, boleh beli simkad telco Thailand dulu setelah masuk Thailand. Tapi kamiorang nak masuk Thailand kejap je. So takdelah nak beli simkad bagai. Kamiorang masuk dengan dua kereta. Susah juga nak contact family yang lain kereta nak berinternet pun tak boleh lah kan.

So sebelum masuk Thailand tu dah siap siap simpan location dalam waze untuk memudahkan perjalanan pergi ke destinasi. 

8 comments:

  1. wahhh gi danok ye...sampai ke hatyai tak? best kan sekali sekala pi terjah cm ni

    ReplyDelete
  2. Oh.. camni upenye cara nk masuk thailand ngan kete... best2..

    ReplyDelete
  3. yong pernah masuk sampai ke Krabi bawa kereta. hehe

    ReplyDelete
  4. Rasa macam kenal je jadual waktu operasi imigresen Malaysia-Thailand tu, hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Blog Tuan ke? Kalau dari blog tuan terima kasih ye. Sy lupa mana ambil tu sebab tu tak letak credit. Nanti sy update ye.

      Delete
    2. Takpe, boleh je ambil. Terima kasih kerana merujuk kepada blog KembaraGD (kembaragd.blogspot.com). Cuma catatan saya tak update sangat.
      Sekarang kalau melalui pintu sempadan Wang Kelian,Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Kota Putra (Durian Burung) & Bukit Berapit (Pengkalan Hulu), dah kena isi borang imigresen Thailand TM2 & TM3.
      Namun di pintu sempadan belah Kelantan iaitu Bukit Bunga, Rantau Panjang & Pengkalan Kubor belum perlu isi borang tu.
      Nanti saya akan update blog saya pasal tu.

      Delete
    3. Terima kasih. Sy link kan terus ke blog KembaraGD untuk rujukan ^__^

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.