Tips Mudah Untuk Sejukkan Rumah Ketika Musim Panas
Musim panas Malaysia ni kalau dah panas, lain macam bahang dia. Pakai air cond pun boleh berpeluh! Bayangkan lah. Itu untung lagi ada air cond, yang ada kipas je mesti lagi bahang terasa. Pengudaraan dalam rumah kalau tak bagus, itu yang jadi bertambah panas.
Bukan siang je panas, malam pun sama. Kekadang tu sampai tak boleh tidur. Nak buka tingkap, mendatangkan bahaya pula tengah malam buka tingkap. Sudahnya kipas syiling dan kipas berdiri bergabung kerja kuat kaki kipas kami. Fuhh..itupun masih panas.
Ini baru ujian sikit dah tak tahan. Ish ish..banyakkan bersabar. Biar cuaca panas jangan hati panas. Nak sejukkan rumah ketika panas ada caranya. Ni saya kongsikan dari perkongsian Fanpage Cempedak Cheese.
Cara sejukkan bilik tanpa penghawa dingin
1. Letakkan besen berisi air di bilik
Bilik akan menjadi sejuk apabila wap-wap panas akan serap oleh air.
2. Pasang Jaring Kelambu & buka tingkap pada waktu malam.
Cara ini tak disarankan sebab untuk keselamatan, samada di kampung mahupun bandar. Tapi nak cuba, boleh.
3. Guna lampu yang kurang mengeluarkan haba
Lampu jenis florescent menghasilkan cahaya terang tapi mengeluarkan haba yang sikit.
4. Pokok ekor kucing boleh sejukkan rumah
Boleh juga cuba tanam pokok bunga sirih gading pun sejuk jugak kot kan?
5. Warna cerah dinding rumah dapat pantulkan haba
Gunakan warna cerah untuk memantulkan cahaya dan menjadikan rumah jadi sejuk sikit.
6. Jauhkan penghawa dingin dari Tv dan Komputer
Kalau ada air cond kat rumah tu jauhkan kedudukan TV & komputer dari air cond. Kalau tak, bila semua dekat-dekat bergabung jadi panas.
Bolehlah cuba cara cara untuk sejukkan rumah di waktu musim panas ni. Mana tahu ada yang berhasil. Tak salah mencuba, kan?
akak pun ada bercadang nak beli ekon..tp tu la macam membazir sebab baru je beli air cooler..akak nak buat la cara pertama tu..letak air dalam besen
ReplyDeleteufftt...memang panas lately ni..nak tido pun payah...baguslah ada tips ni
ReplyDeletewah, bagus tipsnya ni.. tq for the info yer ;)
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeleteanum dah cuba cara pertama memang menjadi
air dlm baldi tu MG penah try tapi macam tkde effect je ..hehe
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteTerima kasih tip, sis... Saya letakkan besen atas baldi berisi air dalam bilik sahaja sepanjang waktu ni :-)
ReplyDeletekelambu tu buat aida rimas.
ReplyDeletemcm terkepung aje kat dlm tu.
pernah ada kelambu besar, pakcik hadiahkan utk anak2 aida.
hmmmmm angin x masuk la! masa tu umah x pasang air-cond lagi.
nice tips :D
ReplyDeletehttp://nnakhairudin.blogspot.com
bekas berisi air tu ada juga buat kat rumah..
ReplyDeletewah menarik juga tu..musim pns ni pkaian pun msti tukar, pki yg nipis2 & short. pki bju itam & gelap mmg wat rse bertmbh pns. (b)
ReplyDeleteHa menarik entri ni. Yang pertama tu nanti nak cuba la
ReplyDeleteBekesan tak letak bekas isi air dalam bilik ? Nak try la
ReplyDeleteBagus tips ni. Kena cari pokok ekor kucing letak dalam rumah
ReplyDeleteGood sharing...
ReplyDelete