Traffik Blog Bila konsisten Update Vs Tak Update Lansung
Morning semua! Selamat berhujung minggu. Entry santai pagi ni nak cerita pasal traffik blog. Kalau yang tahu, biasanya Fiza memang update secara konsisten setiap hari ikut jadual dan buat auto publish. Memudahkan kerja bila ada jadual dan autopublish sebab boleh buat kerja lain.
Walaupun kerja Fiza menghadap PC je tapi dalam masa yang sama lebih fokus dengan kerja design sebab tu kena buat jadual entry bagai. Dan kebiasaanya kalau nak bercuti Fiza dah siap siapkan buat auto publish. Tapi bila takde idea, memang terbiar gitu je tanpa entry. Sedih juga tengok traffik blog menjunam.
Sebelum bercuti, update secara konsisten elok je traffic. Makin hari makin lama bercuti tanpa update, sikit-sikit traffik turun. Bila selepas cuti, baru naik semula sikit sikit. Benda yang sama juga terjadi kalau hujung minggu. Hari-hari traffik maintain tapi bila sabtu ahad dia menjunam. Isnin naik semula traffik tu. Blog korang sama tak? Ke maintain terus? ada tips untuk dikongsikan tak?

Traffik blog ni kekadang tak boleh nak dijangka. Nak naikkan traffik bukan mudah, tapi nak turunkan traffik blog senang sangat. Moral value, kalau traffik dah maintain naik kena kekalkan momentum begitu. Kalau dah jatuh macam kena usaha lebih lagi untuk dapat paras traffik yang lebih baik.
Mood berblogging ada pasang surutnya kan. Kejap ada mood, kejap takde mood. Bila ada idea, penyakit Malas datang pula. Bila takde idea, rajin datang. Haa gitulah ceritanya. Rasanya semua blogger pernah mengalami masalah yang sama kan.

Walau ape pun jadi, traffik naik ke turun ke masih seronok berblogging. Bukan hanya mendapatkan traffik dan jana pendapatan semata². Tapi suatu kepuasan dan mengisi masa yang terluang dari tak buat apa-apa. Sekurang kurangnya apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada pembaca. Tiada istilah rugi dan buang masa pun.
Opss...dah terbebel banyak.
Opss...dah terbebel banyak.
Samalah kita. Kalau update seminggu sekali, memang traffik akan menjunam jatuh. Bila update balik, naik sikit sikit je.
ReplyDeletekalau tak update memang menjunam jatuh.. hari minggu jatuh sikit sbb org habiskan masa dgn family. isnin ok
ReplyDeleteyup betul.
ReplyDeletelama tak update blog..menjunam habis traffic!! huhu..
ReplyDeletepada aida kalu dpt trafik mcm fiza tu, ok sgt dah :)
ReplyDeleteYa kadang-kadang macam malas tulis tapi rajin blogwalking.
ReplyDeleteTengok keadaan sekarang PKP jadi orang tidak boleh melancong, boleh luangkan masa lebih pada blog. Banyak faktor pembolehubah.
P.S: Ada banyak masa sampai boleh baca pos lama Fiza.