Cabaran Mendaki Gunung Angsi

Hari sabtu lepas, seperti yang dirancang oleh encik suami nak ajak isteri dia ni mendaki Gunung Angsi dengan tujuan nak warm up untuk mendaki Gunung Nuang minggu depan. Merancang je, jadinya belum tentu.

Bukan main bersemangat lagi encik suami nak saya ikut sekali mendaki Gunung Nuang dengan kawan kawan dia. Selama ni saya hanya mendaki Bukit je. Kali ni nak kena berlatih mendaki gunung pula. 

Bukan apa. Dia lebih kepada risau dan tak bersedia lagi sebenarnya memandangkan dah lama tak buat rutin work out kat rumah. Nak tak nak, macam kena paksa diri untuk pergi juga.

Sebenarnya rancang untuk pergi berdua. Tapi bila encik suami bagitau kawan dia, ramai yang nak pergi. Lebih ramai, lebih meriah. Kesemuanya 9 orang termasuk saya dan encik suami. 

Sebelum mendaki kenalah warm up (memanaskan badan) bagi segala sendi-sendi dan urat-urat mengembang bersedia untuk melakukan aktiviti sukan.

Gunung Angsi
Sebelum mendaki, perlu register dan bayar permit RM5 seorang

Lebih kurang jam 8.45am kami memulakan pendakian naik Gunung Angsi. Awal awal lagi encik suami dah pesan pada kawan dia suruh jalan depan dan tak perlu tunggu kami. 

Sebab isteri dia ni memang kena berhenti banyak kali kalau panjat gunung ni. Panjat bukit pun banyak berhenti, inikan pula panjat gunung. Lagipun ini pertama kali panjat gunung. Tak boleh lah nak expect laju macam mereka kan.

Gunung Angsi

Permulaan trail yang mencabar dengan trail yang pacak tak ada diskaun. Dalam gambar atas ni tak berapa nak pacak tapi mencabar juga. Betul-betul rasa nak pitam dan susah nak bernafas dengan betul masa tu. 

Lama juga berhenti. Mungkin sebab dah lama tak bersenam dan warm up pun ala kadar je sebelum tu. Rasa nak patah balik je sebab rasa tak larat dah. Sudahnya lepas berehat tu dah stabil sikit. Teruskan perjalanan... tak jadi give up.

Trail pacak tu agak lama tak panjang pada awalnya. Lepas tu barulah jumpa trail yang agak mendatar. Dapat juga rehatkan kaki ni berjalan seperti biasa. Tengok orang lain steady je berlumba naik atas, yang kita ni terhegeh hegeh nak naik. 

Takpe, MENTAL kena kuat kalau nak sampai ke puncak. Waktu baru lepas hujan, lagilah mencabar sebab licin. Ada sekali tu tergelincir. Nasib baik tak tinggi sangat kawasan tu. Phew~

Gunung Angsi

Jam 11.30am, saya dan encik suami baru sampai puncak Gunung Angsi. Yang lain dah lama sampai dalam jam 10.45am. Memang tertinggal jauh dah kami berdua dari team mereka ni. Mereka lajuuu kemain lagi, memang tak larat nak kejar lah.  

Gunung Angsi

Dah sampai tu lepak dalam setengah jam macam tu. Tak snap gambar memang tak sah lah kan. Wajib amek gambar tandanya dah berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi. 

Kebetulan hari tu agak ramai hiking, ramai juga kat atas tu. Nak bergambar kat satu-satu tempat pun kena beratur. Kau rasa??? Nak tak nak tunggu je la.

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Gunung Angsi

Bekalan hiking cuma air masak 1.5L, air 100 plus dan 2 bars snicker dan 1 bar mars. Makan coklat berikan tenaga cepat sikit berbanding roti dan sebagainya. Makan nasi lemak memberatkan pula. 

So bekalan coklat dan air dah memadai. Lagipun bila dah penat, takde nak selera makan sangat sebenarnya.

Gunung Angsi

Jam 12.30pm start turun ikut trail yang sama, sebelum tu team 7 orang lagi ikut trail lagi satu turun kat Ulu Bendul. Trail tu jauh sikit dari yang naik tadi. Memang tak sangguplah saya. Lagi-lagi trail tu lagi mencabar. 

Bila turun ni laju sikit. Laju tak laju sangatlah. Sampai bawah dalam jam 2.30pm. 2jam! Naik hampir 3 jam, turun 2 jam. Sepatutnya waktu naik 2 jam je tu. Disebabkan beginner nak warm up, lambatlah sikit.

Rentetan dari naik Gunung Angsi tu, kaki sakit sampai 3-4 hari. Nak buat pergerakan kaki sikit pun tahan je sakit. Sakit yang di cari sendiri kan tapi puas hati sampai ke puncak yang selama ni memang nak cuba naik gunung. 

Memang mencabar betul naik gunung ni. Agak agak boleh ke nak naik Gunung Nuang pula nanti? Jeng jeng jeng..Nantikan.

Last but not least
, kagum dengan adik adik yang hebat ni. Laju betul dorang mendaki. Bila di tanya"tak penat ke dik?" Dengan confident dorang jawab "TAKKK". Amboiii dik perli akak lah tu.

Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. -wikipedia 

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.