Jangan Dengki Dengan Kebahagiaan Orang Lain



Salam jumaat. Haters @pendengki ada di mana mana. Pantang tengok orang lebih sikit, pantang tengok orang bahagia sikit. Mulalah dengki cari jalan untuk tengok hidup orang sengsara. Puas hati agaknya dapat tengok orang lain hidup tak senang. Busuk hati sangat tu kan sampai keluar baunya!

Jadi manusia ni, jangan dengki dengan kebahagiaan orang lain. Hidup ini seperti roda, kalau hari ni kita dengki orang tak mustahil satu hari nanti orang lain pula akan dengki kat kita. Hukum karma  namanya. Balasan atas perbuatan yang pernah di lakukan. Masa tu jangan  baru nak menyesal. Beringatlah sesama kita supaya dapat menjaga hubungan yang baik antara sesama manusia seperti yang dituntut dalam Islam. Barulah hidup aman harmoni takde dengki mendengki. Betul tak?
Sumber dari facebook : Kisah Rumah Tangga
Daripada cerita di atas ni, apa yang dapat korang rumuskan? Apa yang kita lalui hanya kita dan Allah yang tahu. Pendengki dengan mudah je menfitnah dan berusaha gigih buat hidup kita derita dengan menyebarkan fitnah. Tak ingat dosa ke? Peringatan untuk diri sendiri dan semua. Selamat menambah amalan pahala dan tinggalkan amalan menambah dosa.

3 comments:

  1. jaga diri kita,family sendiri dari sibukkan hal orang lain..tak bertambah dosa...

    ReplyDelete
  2. Setuju. Setiap orang ada bahagian masing2. Tak perlu dengki

    ReplyDelete
  3. betul tu.muhasabah diri gak.mungkin sebelum ni pernah juga ada 1st thought kat orang lain

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.