Stail Menggayakan Flats Wanita
Flats or heels? Yang mana satu bakal menjadi pilihan jika korang seorang perempuan? Pernah dengar tak ada yang mengatakan bahawa wanita terbahagi kepada dua kategori iaitu perempuan dengan kasut flats dan perempuan bertumit tinggi. Korang dalam kategori yang mana? Kalau Fiza, pilih keduanya bergantung pada tempat, keadaan dan kesesuaian.
Tidak dinafikan yang sememangnya heels menjadikan seorang perempuan tu akan kelihatan lebih menyerlah dan memberikan ketinggian yang diidamkan. Contohnya macam Fiza yang tak berapa nak tinggi ni memang kena ada koleksi heels berbanding flats.
Akan tetapi, pemakaian flats adalah lebih selesa lebih-lebih lagi bagi penggunaan yang lama sepanjang hari. Kalau korang nak tahu, banyak stail yang boleh digayakan dengan pemakaian flats tersebut. Jom kita tengok!
Kredit foto : Google |
Tiada apa yang lebih sempurna selain memakai koleksi flats tersebut dengan kombinasi jeans dan t-shirt atau blouse yang paling selesa untuk dipakai. Keselesaan yang lebih penting sebenarnya. Selain itu, ianya merupakan padanan yang cukup sempurna untuk keluar bersantai.
Kredit foto : Google |
Selain digayakan dengan pemakaian jeans, boleh juga digayakan dengan padanan seluar yang lain seperti slack, track suit dan sebagainya. Flats juga merupakan alternatif kedua selain memakai sandals wanita dari segi keselesaan.
Siapa cakap tidak boleh menggayakan koleksi dress anda dengan memakai flats? Yang sebenar benarnya, flats sangat sesuai digayakan dengan dress! Jika korang mempunyai ketinggian yang ideal dan ingin tampil dengan lebih selesa, jangan bimbang untuk menggayakan koleksi flats tersebut!
Kredit foto : Google |
Dan yang terakhir adalah dengan memakai flats ke tempat kerja dan memadankannya dengan koleksi pakaian formal. Padanan yang nampak cantik dan betul betul selesa. Lupakan kasut tumit tinggi dan pakai kasut leper mulai hari ini!
Kredit foto : Google
*flats =kasut leper
*Heels =kasut tumit tinggi
|
Pakai kasut flat ni lebih selesa dan nak senang nak buat kerja.. Terutama org yg tinggi macam ena ni... Try pakai high heels, memang tak seimbang ekekekekek
ReplyDeleteyui lbh gemar flats..
ReplyDeleteflats lagi mudah, tak jatuh kot berbanding dgn heels
ReplyDeletekalau bersantai denagn anak2 kasut flat pilihan kak Alycia. kalau pergi ofis baru pakai heels..
ReplyDelete