Menu Sihat Ketika Sahur
Alhamdulillah awal-awal bulan puasa ni cuaca sangat elok dan kerap juga hujan. Kurang sikit cabaran berpuasa tu. Hari ni dah masuk 5 Ramadhan dan dah 5 hari kita bersahur. Ada yang ter missed sahur ke? Setakat hari kelima rutin bangun sahur tu dalam waktu yang lebih kurang sama. Takde lagi terlajak ataupun last minit bangun.
Biasanya kalau bersahur Fiza bancuh oat + honey + air suam , roti butterscotch, minum air milo panas dan akhir sekali penutup sahur minum air masak. Husband pulak makan roti, milo panas dan disusuli dengan air masak. Mudah kan kerja persiapan sahur Fiza. Ringkas dan sihat. Kalau terlambat bangun tak perlu nak gelabah siapkan sahur.
Sebenarnya paling bagus kalau makan kurma. Tapi sampai hari kelima ni Fiza belum menjamah sebarang jenis kurma lagi sebabnya haritu sebelum puasa nak beli tapi bila sampai Mydin macam takde yang berkenan pulak. Lagi-lagi bila kotak kurma tu jenis senang dibuka tak seal dengan plastik. Memang curious la nak membeli. Dikhuatiri kurma di masuki benda asing ke kan dan risau tak bersih satu hal. Jadinya nanti baru beli.
Kalau tahun-tahun sebelum ni dah terbiasa makan nasi tapi tahun ni kamiorang memilih untuk makan makanan yang lebih ringkas, sihat dan lebih berikan tenaga untuk cover berpuasa seharian tu. Kalau boleh nak elakkan makanan bergoreng. Tapi ye lah kan, semua orang tak sama citarasa dan rutin. Bagi yang dah terbiasa makan nasi memang tak boleh kalau takde nasi. Ikut masing-masing punya cara dan citarasa. Bagi yang suka menu ringkas macam Fiza boleh amalkan menu-menu sihat ni ketika bersahur.

KURMA
Kurma tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk pencernaan. Ambil sekurang-kurangnya 3 biji sewaktu sahur bersama segelas air putih.
OAT
Pengambilan oat juga akan membekalkan tenaga sewaktu berpuasa. Tambah hidangan oat dengan buah-buahan seperti pisang, strawbei atau mungkin kacang.
TELUR
Bersahur dengan telur akan membekalkan protein dan tenaga sepanjang hari. Anda akan berasa lebih kenyang jika mengambil telur sewaktu bersahur.
KENTANG
Kentang akan membuatkan perut lebih kenyang berbanding roti. Hidangan kentang boleh dipelbagaikan seperti kentang panggang atau kentang putar.
KACANG
Kacang merupakan sumber lemak, protein dan serat yang baik. Pelbagaikan pengambilan kacang. Tempe juga boleh jadi menu yang menarik kerana ianya diperbuat daripada kacang.
IKAN
Ikan yang dibakar boleh juga dihidang bersama sayur-sayuran akan membuka selera waktu sahur. Selain di bakar, sekali sekali ikan juga boleh dikukus bagi membangkitkan selera ketika sahur.
Okay, lepas ni korang boleh amalkan menu-menu yang sihat ni. Selain sihat, cepat untuk disediakan dan juga lebih menjimatkan masa. Secara automatiknya akan buat korang lebih rajin dan sediakan menu bersahur sebab ringkas je kan. Boleh cuba menu sihat ni untuk bersahur hari esok.
Kredit foto & info : imuslimshop

hee stkt ni yui tak miss lagi sahur..msti gak bgun walau kjp..huhu
ReplyDeleteTelur dengan ikan memang antara menu untuk sahur :)
ReplyDeletekurma itu pentinggg
ReplyDeleteKalau nak tulis bab makan ni, ni yang buat perut bergetar.. adakah itu tandanya lapar? Opss.
ReplyDeleteWajib bangun sahur, kalau tidak.. konfom lemas badan.. huhu..
nice sharing fiza...
ReplyDeleteyup mmg pagi2 sahur ambil kurma 3 biji. selain utk tenaga utk bykkan susu badan jgk..
ReplyDeletewah good info la kak. btw cantik la blog. :)
ReplyDeleteselain kurma akak makan biskut cecah milo je..hahah
ReplyDelete